Lately ni mata sokmo susah tido.. awat la lagu ni.. btw arini last tahun 2013.. ape yang aku da buat sepanjang tahun ni ye.?? harapnye jadi lagi baik ye.. jangan nakal-nakal dah.. usia dah lanjut.. kubuq dah panggil-panggil.. cuba-cuba la insaf sikit.. huhu..
rase nak citer banyak banyak banyak.. tapi banyak sangat sampai tak tahu nak citer ape.. haha.. poyo skmo kan.. ok la.. daripada membebel tah pape baik tak yah tulis sini.. tapi...
Dec 30, 2013
Dec 27, 2013
random..

Bila tengok dan meneliti situasi mesir sekarang ni, ada harapan yang tinggi untuk setiap orang yang berada kat bumi anbiya' ni untuk syahid seandainya hati dan jiwa nya benar-benar inginkan syahid.. sejak akhir-akhir ni pun asyik terfikir benda ni.. tapi jiwa ni belum cukup kuat untuk menjadi yang lebih baik.. risau bila sampai waktu yang Allah tetap kan, bagaimanakah pengakhiran diri ni..
persoalan demi persoalan timbul dalam benak...
saje-saje..
Tak ada apa pun nak cerite.. Just..
emm.. mak ayah kita makin hari akan makin lanjut usia nya.. dan bagi aku, aku tak kisah pun mak ayah aku tak wish birthday sebab pada fikiran aku, ingatan manusia akan semakin lemah bila dimamah usia.. kalau ada orang ingatkan mereka, surely mereka akan wish juga kan.. dan mungkin juga mak ayah aku nak suruh anak-anak nya berfikir, setiap kali tiba ulang tahun, muhasabah diri lah hadiah terbaik buat...
Dec 8, 2013
Dec 5, 2013
Senyum ye..
Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.
Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah...
mak & ayah..
untuk mak ngan ayah ni.. oh ye.. semalam 5 dec birthday ayah sayang.. happy birthday ayah.. rindu ayah.. sayang ayah.. moge Allah berkati sepanjang hidup ayah.. murah rezeki.. bahagia selalu.. selamat dunia akhirat.. untuk mak juga pun camtu.. sayang mak.. rindu mak sangat sangat sangat..
Ya Allah.. peliharakan kedua ibu ayah ku buat ku.. Ameen...
Dec 4, 2013
adik jeless..
Sembang kakak dengan adik di pagi yang hening..
kakak : Assalam.. sihat dah ke??
adik : wslm.. emm.. nak gitau ni.. janji tau jangan gitau orang..
kakak : haaaa buat salah ea.. gitau cepat..
adik : nk gitau la ni.. jangan gitau sape-sape tau.. Janji boleh??
kakak : ape?? gitau cepat..
adik : janji dulu tak gitau sape-sape.. Janji laa cepat..
kakak : hahah yela-yela.. bereh boh..
adik : kelmarin...
Nov 29, 2013
Awaiting..

Tertarik dengan statement yang agak ringkas lagi padat lagi terkesan ni.. haha.. bukan ditujukan kat diri sendiri.. mungkin kat orang lain.. huhu..
"..Kita tak boleh suruh seseorang tunggu kita. Kasihan dia. Sebab terpaksa tunggu kita habis belajar, perbaiki diri, dan lain-lain perkara yang kita perlu buat.. Lepaskanlah.. Itu yang terbaik. Dan jangan lupa untuk doakan yang terbaik juga untuk dia.. Tak baik halang orang dalam...
Nov 22, 2013
pressure ke??

Masalah kalau dilihat pada sudut yang positif, semua akan baik-baik je.. Terpulang pada awak nak pilih jalan penyelesaian yang macam mana untuk masalah tu.. Pilihan dalam tangan awak..
So, ni pilihan saya..
Melalui masalah yang macam-macam, Allah ilhamkan pelbagai jalan penyelasaian untuk kita terus kuat hadapi hidup yang lebih mencabar.. Cool je lah kan.. (^_^)
Perancangan Allah adalah yang terbaik..&nbs...
merantaulah..

Merantaulah..
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman..
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang..
Merantaulah..
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan ..
Berlelah-lelahlah..
Manisnya hidup akan terasa setelah lelah berjuang..
Aku melihat air menjadi rusak kerana diam tertahan..
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang..
Singa jika tak tinggalkan...
emm..
Yang dah pergi memang tak kan kembali.. Satu demi satu Allah ambil.. Hakikat sebenar kehidupan memang tak ada sesuatu pun milik kita melainkan semua nya milik Allah yang hakiki.. Semuanya akan tetap kembali ke pemilik asal..
Bersyukurlah bilamana kita merasakan tak ada tempat untuk mengadu kesakitan dan kepahitan.. Kerana mungkin hikmahnya di situ Allah memberi ruang bagi diri untuk mengadu sepenuhnya hanya denganNya..
...
Nov 2, 2013
Aku dan cahaya..

Di dalam kegelapan, tiba-tiba datang satu lembaga yang cantik bercahaya.
Orang yang di dalam kegelapan itu bertanya..
"Siapa kau?"
"Aku lah SOLAT mu.. kamu menjaga aku dengan baik.."
Tiba-tiba datang lagi satu lembaga yang bercahaya dan cantik..
"Siapa kau?"
"Akulah AL-QURAN.. kamu selalu membacaku.."
Dengan demikian, terang benderang lah kuburnya.. dan lembaga yang cantik itu akan sentiasa menemaninya hinggalah hari...
Thiss..

Orang yang tidak menghargai diri sendiri... sentiasa dahagakan penghargaan orang lain..
Mencari penghargaan manusia hanya akan menjadikan kita ego, marah, merajuk, kecewa dan jauh hati.
Orang yang mempunyai harga diri sentiasa menghargai orang lain.. justeru siapa yang menghina orang lain petanda dialah yang hina.
Harga diri yang tinggi milik orang beriman.. kerana dia sentiasa ingat pesan Allah, jangan rasa hina dan jangan takut...
Oct 21, 2013
Cairo aku datang..

Alhamdulillah selamat dah sampai kat mesir.. 3 hari dah sampai tapi macam-macam hal.. apa-apa pun kalau dah sampai kat mesir memang kena redha.. kat bumi anbiya' lah Nabi-nabi dulu banyak di uji.. melalui ujian-ujian yang ditimpa kepada para nabi lah mengajar kite ni erti redha nak hadapi setiap ujian..
Mula-mula sampai hari tu dah ade surprise.. tadaaa.. ingatkan ada orang jemput kat cairo airport.. call lah orang yang berkenaan.....
Oct 8, 2013
...
Lagu ni buat aku teringat someone.. emm.. Hubungan dua benua yang agak complicated.. Alhamdulillah doa aku Allah makbulkan.. Penyelesaian dan kesudahan yang tak pernah aku sangka.. Perancangan Allah memang terbaik.. Biarlah masa yang menyembuhkan luka ni.. Kadang-kadang aku fikir kenapa lah hidup aku ni sangatlah complicated.. Dan satu kata-kata yang aku selalu pegang..
" Allah akan datangkan pelbagai masalah untuk menjadikan kita kuat "
" Allah juga akan datangkan masalah yang sangat susah supaya kita dapat berfikir...
Dia lebih tahu..
Hidup ni kebanyakannya bukan macam yang kita inginkan.. Allah bukan ciptakan untuk kita bersenang-senang kat dunia ni.. Macam-macam yang kita kena lalui dan hadapi.. Kritikan atau teguran itu hal biasa.. Yang baik, kita ambil untuk jadikan diri kita lebih baik.. Yang buruk, kita jadikan ia satu pengajaran dan pelajaran pada diri supaya kita tak buat benda tu..
Apa yang orang fikirkan tentang kita itu tak penting.. Yang pentingnya jaga hati kita.. Kita hidup bukan atas nilaian manusia.. Kita hidup atas nilaian Allah.....
Jul 24, 2013
Kalam Ilahi..
Alhamdulillah.. Sedar tak sedar tinggal setengah bulan je lagi kita nak lalui Ramadhan.. Tak tahu banyak mana dah amalan yang kita dah buat sepanjang bulan ni.. Moga Allah bagi kekuatan pada diri untuk beramal dengan istiqamah.. Tak mampu nak buat banyak pun, sehalus-halus zikir yang kita tuturkan dalam hati pun bagus dah.. Alhamdulillah Allah masih ada dalam hati kita..
Alhamdulillah.. Seperti biasa Allah rezeki kan lagi diri ni untuk membaca kalam suci al-Quran.. yang mana kita tahu dah al-Quran ni mukjizat Rasulullah...
Jul 10, 2013
Kasih Allah tak terhingga..
Hayati dengan mata hati.. Moga bermanfaat..
Sayang sungguh Allah kepada kita.. Cuma kita saja yang selalu buruk sangka terhadap Allah.. Astaghfirullah al-azeem.. Astaghfirullah al-azeem.. Astaghfirullah al-azeem..
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu ini memilih jalan taubat dengan penuh istiqamah.. Anugerahkanlah hidayah dan taufik kepada kami hingga akhir hayat.. Jauhkanlah kami daripada jalan nafsu dan keburukan yang Engkau murkai.. Ameen...
Muhasabah Ramadhan..

"Ada dalam kalangan manusia tu, bilamana dia telah terputus INTERNET untuk sehari mahupun dua, dia sangat bersedih hati atas perkara yang telah menimpanya itu.. Dan bilamana pula dia terputus daripada membaca AL-QURAN untuk sehari ataupun dua, dia langsung tidak merasa sebarang kesedihan pun.."
Muhasabah bersama...
Jul 9, 2013
Jangan sedih2 ye..

"Janganlah sesekali kamu bersedih hati atau kecewa atas sesuatu perkara yang telah hilang atau pergi daripadamu.. Boleh jadi, jika kamu memilikinya, maka bertambah besar pula kesedihan yang menimpa diri kamu tu.."
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.."
(Surah Ali Imran, ayat 139)
Rancangan Allah...
Jul 8, 2013
Ahlan Ya Ramadhan..
Video daripada Sheikh Al-Habib Ali Al-Jufri tentang bagaimana Rasulullah saw menghadapi Ramadhan.. Moga kita dapat melalui Ramadhan dengan baik dan mengikut sunnah Baginda saw..
Dan kedua ni tazkirah tentang azam dalam bulan Ramadhan untuk kita nak capai hasil yang terbaik.. buatlah mana yang mampu.. insyaAllah, kalau betul-betul ikhlas, Allah akan nilai semua amalan kita tu walaupun hanya sekadar yang mampu..
Semoga amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini menjadi kebiasaan kepada kita untuk diteruskan...
Selamat berpuasa..

Esok nak puasa dah.. Yang agak-agak dah terlupa niat, ingat balik ye.. Siap-siapkan rohani dan jasmani kita untuk hadapi Ramadhan.. Apa-apa pun semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas.. Ramai orang tak berpeluang dah nak jumpa Ramadhan lagi.. Tapi kita alhamdulillah masih diberi peluang.. So, jangan sia-siakan.. Moga Allah terima dan redha dengan segala amalan dan ibadah kita..
...
Jul 7, 2013
Loading..

Berbaki beberapa hari lagi nak masuk bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.. Walaupun kita dah berada di penghujung bulan Sya'ban, masih belum terlambat untuk kita persiapkan diri untuk hadapi Ramadhan dengan baik.. Sama-sama kita koreksi diri sama ada nak biar Ramadhan kali ni berlalu tanpa ada apa-apa perubahan pada diri atau sebaliknya..
InsyaAllah, seandainya Allah masih bagi kita peluang untuk menyambut Ramadhan...
Fitrah..

Allah cipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan dan fitrah manusia itu suci.. Setiap manusia itu ada jasad dan ruh pada dirinya.. Cuba kita teliti diri kita.. Bila kita buat sesuatu kejahatan, hati kita rasa resah.. tak tenang.. kalau ada orang rasa tenang pun kalau buat kejahatan, tenang tu tak akan rasa lama.. Lama-kelamaan dia akan tercari-cari sesuatu yang lebih tenang..
Hakikatnya memang macam tu.. Ruh adalah sesuatu yang tenang...
Jun 15, 2013
Rejab, Sya'ban dan Ramadhan..

"Bulan Rejab itu seperti angin, bulan Sya'ban itu seperti awan, dan bulan Ramadhan itu seperti hujan, maka sesiapa yg tidak menanam pada bulan Rejab, tidak menyiram pada bulan Sya'ban, bagaimana dia ingin menuai pada bulan Ramadhan?....
Jun 13, 2013
Umat akhir zaman..
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para Sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat...
Forgive & Forget..

Emm.. Semua orang akan rasa benda ni kot.. Bila orang buat sesuatu kat kita, kita beria tak nak maafkan.. Susah sangat nak maafkan dengan alasan "sakit hati la.. dia tak fikir perasaan orang ke??" dan seumpama dengan nya..
Aku pun fikir-fikir, kita ni selalu mengaku kita Ummat Rasulullah SAW.. And as we know, Ummat Rasulullah SAW ni adalah sebaik-baik ummat kan.. Jadi, kalau kita marah atau terasa hati dengan seseorang, cuba kita ingatkan...
Jun 10, 2013
Kekuatan itu milik Allah..

Di satu sudut, aku terlihat seorang insan yang terkulai lemah di atas kerusi roda, namun beliau tetap gigih dan tabah untuk menguatkan diri melawan derita kesakitan yang dialami..
Terdetik di hati kecil, kesakitan yang beliau alami lebih derita berbanding yang aku alami.. Namun, melihat kepada ketabahan dan kegigihan beliau membuat aku kesal dengan kelemahan diri.. Cuma hanya secebis dari kesakitan yang beliau rasai, aku sudah...
Ampuni aku Ya Allah..
Ya Allah.. Bimbinglah dan tunjukkanlah kami jalan yang Engkau redha.. Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami terhadap Mu.. Kami sedar dan tahu azabMu sangat dahsyat tetapi kami tetap masih jauh dariMu.. Ampunkan kami Ya Allah..
Terlalu kerap kami melupakanMu, namun kasih sayang dan rahmat Mu tidak pernah putus diberikan kepada kami.. Allah.. Terlalu hina dan penuh dosa diri ini Ya Allah.. Berikanlah kami kekuatan untuk terus kuat mencari redha Mu di dunia yang penuh dugaan ini.. Jauhkanlah dan hapuskanlah diri kami...
May 15, 2013
Ingatkah kita tentang "Nakbah"??
Adakah kita tahu tentang peristiwa berdarah yang perlu diingati pada 15 Mei saban tahun?? Pernahkah kita mendengar peristiwa Nakbah??
Nakbah ialah peristiwa yang amat diingati seluruh umat Islam sehingga hari ini. Peristiwa yang melampaui batasan kemanusiaan sejagat..
Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948.. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai...
May 14, 2013
Style pakai tudung yang sangat comel..
Semua muslimah kena tengok ni.. Kalau orang lelaki pun boleh alert dengan hal macam ni, apatah lagi kita orang perempuan yang Allah ciptakan penuh dengan tarikan pada diri.. Kena sedar ni kaum hawa.. Even tak sempurna mana pun wajah dan fizikal kita, memang Allah dah ciptakan dan takdirkan bahawa pada diri kaum hawa ni ada sesuatu yang akan membuatkan kaum adam tertarik.. Itu memang lumrah dan nalurinya antara lelaki dan perempuan.. Jadi, cara penampilan kita kena jaga supaya maruah kita sebagai muslimah sentiasa terpelihara.....
May 12, 2013
Miss him also..
Terlalu rindu.. Cuma mengharap pada Allah peliharakanlah mereka yang aku sayangi.. Jarak bukan penghalang untuk saling menyayangi, namun ia menjadi penguat untuk lebih menyayangi dan menghargai..
Emm.. Kebetulan terjumpa satu video ni.. Sangat tersentuh.. Besar sungguh pengorbanan seorang insan bernama ayah.. Setiap ayah ingin lakukan yang terbaik untuk anaknya.. Tapi kita sebagai anak ada pernah ke terfikir macam tu?? emm.. Moga video ni bagi pengajaran pada kita dan buat kita berfikir..
"There are no perfect fathers....
Love u mum..(^_^)

Bermula dari hari kita dilahirkan, setiap hari adalah hari ibu.. Detik-detik selepas itu adalah selayaknya setiap penghargaan kita berikan buat ibu kita..
Hanya Allah yang dapat membalas jasa insan yang bernama ibu.. Dia yang mengandungkan kita 9 bulan.. Diusung kita ke sana ke mari tanpa mengendahkan keperitan yang dialami.. Dia yang berjaga malam menjaga kita.. Berapa banyak air mata yang mengalir di pipi mulus ibu kerana kerenah...
May 10, 2013
Untukmu Serikandi Islam..

Rasa terpanggil untuk berkongsi sebuah kisah serikandi Islam yang amat disegani ketabahan dan kekentalan hatinya.. Pada suatu ketika dulu, Saidatina Hajar bersama anaknya yang masih dalam susuan.. Ketika itu, Nabi Ibrahim as meninggalkannya di tanah gersang, sekitar padang pasir yang tandus dan tak ada apa-apa.. Sampaikan masa tu timbul persoalan dan menjadi satu tanda tanya adakah masih mampu untuk meneruskan kehidupan dengan keadaan...
Apr 27, 2013
Manisnya ujian..
Dalam hidup ni kita memang tak boleh lari dari ujian.. Dunia memang dicipta penuh dengan ujian.. Tidaklah Allah datangkan ujian itu kepada kita melainkan semata-mata untuk menguji iman dan mendekatkan kita padaNya..
Yang paling penting, bagi orang yang beriman.. Sakitnya ujian yang menimpa, itulah tanda cinta dan sayang Allah kepada hambaNya yang dikasihi.. Makin berat ujian yang datang, makin beruntung insan yang terpilih itu seandainya dia benar-benar beriman..
Sabarlah wahai insan yang diuji.. Pertemuan dengan Sang...
Mar 5, 2013
aku hanya ingin Dia..

Emm.. Ni lah hidup.. Sangat menyakitkan.. Rasa seperti tak mampu, tak sanggup nak hadapi hidup ni lagi.. Sangat menyakitkan.. Tak mampu untuk dicerita pada dunia.. Benarlah memang tiada siapa yang dapat memahami apa yang kita rasai melainkan Dia yang menciptakan diri ni..
Ya Allah.. Aku tak ingin menjadi hambaMu yang berputus asa terhadap rahmatMu.. Namun yang ku dambakan hanya redha dan kekuatan dariMu.. Aku tak kan mampu untuk bertahan...
Subscribe to:
Posts (Atom)