Nov 22, 2013

merantaulah..

Merantaulah..
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman..
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang..

Merantaulah..
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan ..
Berlelah-lelahlah..
Manisnya hidup akan terasa setelah lelah berjuang.. 

Aku melihat air menjadi rusak kerana diam tertahan.. 
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.. 
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa..
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.. 
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam, tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang..
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang..
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.. 

~Syair Imam Syafie~

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.