Dec 27, 2013

random..

Bila tengok dan meneliti situasi mesir sekarang ni, ada harapan yang tinggi untuk setiap orang yang berada kat bumi anbiya' ni untuk syahid seandainya hati dan jiwa nya benar-benar inginkan syahid.. sejak akhir-akhir ni pun asyik terfikir benda ni.. tapi jiwa ni belum cukup kuat untuk menjadi yang lebih baik.. risau bila sampai waktu yang Allah tetap kan, bagaimanakah pengakhiran diri ni..

persoalan demi persoalan timbul dalam benak fikiran.. cuba nak focus untuk exam tapi macam-macam yang jadi sejak akhir-akhir ni kat faculty.. rasa dilema dan bersalah juga bila nak exam, student arab yang buat demo pertahankan daulah islam dibawah tampuk kepimpinan Dr Mursi mogok untuk tak masuk exam semata-mata nak pertahankan yang hak..

mula berfikir, gigih dan tabahnya mereka.. tiada lagi rasa ingin kan kesenangan dunia melainkan hanya mengimpikan sesuatu yang lebih indah di akhirat kelak.. tapi diri ni?? jauh lebih lemah dari mereka.. terasa malu.. segan berada di bumi anbiya' dengan diri yang macam ni.. alhamdulillah masih mampu berdoa supaya Allah terus bagi kekuatan untuk jadi yang lebih baik walaupun pada hakikatnya pandangan manusia pada diri ni agak menjengkelkan.. namun diri ni terus yakin bahawa Allah sentiasa tahu apa yang hati ni dambakan..

semua orang mesti ada hasrat di hati yang inginkan syahid dan bermanfaat untuk agama dan masyarakat.. tapi yang menjadi penghalang cuma diri dan nafsu yang jahil lagi lemah.. emmm hati ni walaupun tersangatlah jahil dan lemah untuk melawan fitnah-fitnah dunia, kena selalu doa minta Allah kuatkan untuk melawan even terasa macam tersungkur teruk dah nak lawan tu.. yang penting, Allah tengok usaha kita nak cari cinta dan redha Dia..

nak lemah takpe.. nak menangis takpe.. jadikan kelemahan dan tangisan sebagai kekuatan untuk terus bangun.. bukan nya makin menjatuh dan melemahkan diri.. hidup kita panjang lagi.. tapi hidup di dunia hanya sekejap dan sementara.. sabarlah hati.. masih memujuk dan menguatkan diri untuk menghargai sisa baki usia di bumi yang sudah semakin singkat..

Ya Allah.. kuatkan hati ini untuk terus mencari redhaMu.. dunia ni terlampau menyakitkan bagi hambaMu ini.. namun demi Mu ya Allah aku tabahkan hati untuk menghadapi dan mengharunginya.. hanya Kau ya Allah kekuatan hati ku yang sangat rapuh ni.. setiap rahsia hatiku hanya denganMu ya Allah..

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.