Jun 10, 2013

Kekuatan itu milik Allah..

Di satu sudut, aku terlihat seorang insan yang terkulai lemah di atas kerusi roda, namun beliau tetap gigih dan tabah untuk menguatkan diri melawan derita kesakitan yang dialami..

Terdetik di hati kecil, kesakitan yang beliau alami lebih derita berbanding yang aku alami.. Namun, melihat kepada ketabahan dan kegigihan beliau membuat aku kesal dengan kelemahan diri.. Cuma hanya secebis dari kesakitan yang beliau rasai, aku sudah lemah dan lesu menahan derita..

Aku mula bertanya pada diri.. Kekuatan apa yang aku ada seandainya hanya kesakitan seperti ini sudah membuat aku lemah.. emm.. Sembuhkan insan itu dan berikanlah kekuatan kepada kami Ya Allah..
Allah.. Aku sedar bahawa sakit ini hanya untuk menghapus dosa ku yang makin hari semakin bertambah.. Tak ada kekuatan pada diri ku melainkan hanya dari Mu Ya Allah.. Berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus kuat menghadapi hidup ini.. Ampunkan segala dosa hambaMu ini Ya Allah..

  

1 comments:

  1. Kesakitan itu kalau kita sedar, sebenarnya pendekat diri kepada DIA.

    ReplyDelete

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.