May 15, 2013

Ingatkah kita tentang "Nakbah"??


Adakah kita tahu tentang peristiwa berdarah yang perlu diingati pada 15 Mei saban tahun?? Pernahkah kita mendengar peristiwa Nakbah?? 

Nakbah ialah peristiwa yang amat diingati seluruh umat Islam sehingga hari ini. Peristiwa yang melampaui batasan kemanusiaan sejagat.. 

 Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948.. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948, negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion..

 Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 65 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam??

 Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa.. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat.. 

 Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini.. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam..

مَنْ لَمْ يَهْتَمْ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
Siapa yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia daripada kalangan mereka. 
(Imam Tabrani, Baihaqi, Abu Naim dan Ibnu Hibban)

Semoga kita semua terus cakna dan ambil tahu tentang apa jua yang terjadi terhadap saudara seIslam kita di atas muka bumi ini.. Walaupun hanya sekadar doa yang mampu kita hulurkan buat mereka, sesungguhnya Allah akan menghitung walau sekecil zarah dari usaha kita dalam membantu mereka yang ditimpa ujian dan musibah.. InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.