Aug 6, 2011

tertolak nya ibadah..

HADIS KELIMA : Tertolaknya Ibadah

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata : RasulullahSAW telah bersabda :

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang
bukan daripadanya, maka ia tertolak.

PENGAJARAN HADIS :

lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan
sebagainya. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.