Aug 4, 2011

hope..


Terdengar nasyid raye raihan dan manbai drpd lappy ku.. sayu rasa nye hati ini mengenangkan Ramadhan2 yg telah berlalu pergi.. Namun jauh di sudut hati ku masih mengharapkan Ramadhan yg datang pada kali ini menjadi penuh makna buat diri ini dan mungkin juga buat insan2 yang lain..

Mula bertekad utk menjadikan Ramadhan pd kali ini penuh makna dan penuh dgn kesedaran yang hadir ikhlas dari hati kecil ku.. Sebagai hamba yang kerdil lagi hina.. Ku hanya mampu berdoa dan berserah segala nya kepada Allah.. supaya aku dapat menjalani ibadah dalam bulan yang mulia ini dengan lebih sempurna berbanding Ramadhan2 yang lepas..

Setiap detik yg hadir kepada kita adalah peluang yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya supaya dapat menjadi khalifah Nya yang lebih baik daripada detik2 yang lalu.. Perubahan memerlukan kekentalan jiwa kerana ia nya merupakan perkara yang paling susah untuk kita laksanakan.. Menjadi hamba yang bertaqwa besar ganjaran nya di sisi Allah.. Maka, banyak yang perlu kita lalui utk memperoleh ganjaran yang tidak ternilai daripada Yang Maha Esa..

Hati ini sangat merasa hina.. Kadang2 terfikir utk tidak sanggup hidup lg krana takut akan mengulangi dosa yang sama.. Namun apakan daya.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba Nya..

Allah berfirman yang bermaksud :
Dan setiap ummat mempunyai ajal ( batas waktu ). Apabila ajal nya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan nya atau percepatan nya sesaat pun..
{ Surah Al-A'raf : 34 }

Semoga setiap waktu menjadi sangat bermanfaat buat diri tambahan pula dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.. Hope d blessing of Allah with us Always.. Ameen..

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.