Aug 5, 2011

terasa macam..


tibe2 rase mcm nk share hadis 40 kt sini.. jadi la kan kalau sehari 1 hadis ke.. bole ke?? hehe.. xkisah la bg ke x.. nak share gak.. ok.. utk prelude nye.. kite mulakan dgn hadis nya yang pertama dulu ye.. sebelum tu nk gtau yang hadis 40 ni adalah koleksi hadis2 yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangan nya yang bertajuk Matan Arba'in.. terdapat sebanyak 42 buah hadis sabda Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam.. pentingnya karya Imam Nawawi ni sehinggakan Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab yang bertajuk Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan membincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.. Wallahu A'lam..

HADIS PERTAMA : Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

PENGAJARAN HADIS :

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

~ والله أعلم ~

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.