May 15, 2013

Ingatkah kita tentang "Nakbah"??


Adakah kita tahu tentang peristiwa berdarah yang perlu diingati pada 15 Mei saban tahun?? Pernahkah kita mendengar peristiwa Nakbah?? 

Nakbah ialah peristiwa yang amat diingati seluruh umat Islam sehingga hari ini. Peristiwa yang melampaui batasan kemanusiaan sejagat.. 

 Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948.. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948, negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion..

 Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 65 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam??

 Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa.. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat.. 

 Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini.. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam..

مَنْ لَمْ يَهْتَمْ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
Siapa yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia daripada kalangan mereka. 
(Imam Tabrani, Baihaqi, Abu Naim dan Ibnu Hibban)

Semoga kita semua terus cakna dan ambil tahu tentang apa jua yang terjadi terhadap saudara seIslam kita di atas muka bumi ini.. Walaupun hanya sekadar doa yang mampu kita hulurkan buat mereka, sesungguhnya Allah akan menghitung walau sekecil zarah dari usaha kita dalam membantu mereka yang ditimpa ujian dan musibah.. InsyaAllah..
Read More

May 14, 2013

Style pakai tudung yang sangat comel..

Semua muslimah kena tengok ni.. Kalau orang lelaki pun boleh alert dengan hal macam ni, apatah lagi kita orang perempuan yang Allah ciptakan penuh dengan tarikan pada diri.. Kena sedar ni kaum hawa.. Even tak sempurna mana pun wajah dan fizikal kita, memang Allah dah ciptakan dan takdirkan bahawa pada diri kaum hawa ni ada sesuatu yang akan membuatkan kaum adam tertarik.. Itu memang lumrah dan nalurinya antara lelaki dan perempuan.. Jadi, cara penampilan kita kena jaga supaya maruah kita sebagai muslimah sentiasa terpelihara.. insyaAllah..   

Moga video ni bermanfaat untuk kita semua..:)


...Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani...

(Surah Al-Ahzab, ayat 59)
Read More

May 12, 2013

Miss him also..


Terlalu rindu.. Cuma mengharap pada Allah peliharakanlah mereka yang aku sayangi.. Jarak bukan penghalang untuk saling menyayangi, namun ia menjadi penguat untuk lebih menyayangi dan menghargai..

Emm.. Kebetulan terjumpa satu video ni.. Sangat tersentuh.. Besar sungguh pengorbanan seorang insan bernama ayah.. Setiap ayah ingin lakukan yang terbaik untuk anaknya.. Tapi kita sebagai anak ada pernah ke terfikir macam tu?? emm.. Moga video ni bagi pengajaran pada kita dan buat kita berfikir..

"There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. 
Remember to care for those who care for you."
Read More

Miss her..

* Really Miss You Mum *

* Only God Knows How Much You Mean To Me *



Read More

Love u mum..(^_^)

Bermula dari hari kita dilahirkan, setiap hari adalah hari ibu.. Detik-detik selepas itu adalah selayaknya setiap penghargaan kita berikan buat ibu kita..


Hanya Allah yang dapat membalas jasa insan yang bernama ibu.. Dia yang mengandungkan kita 9 bulan.. Diusung kita ke sana ke mari tanpa mengendahkan keperitan yang dialami.. Dia yang berjaga malam menjaga kita.. Berapa banyak air mata yang mengalir di pipi mulus ibu kerana kerenah kita.. Kerunsingan yang ibu alami kerana bimbang memikirkan tentang kita.. Setiap makan, minum dan keperluan kita, ibu sediakan tanpa ada keluhan.. Adakah kita nilai dan hargai seluruh kasih sayang yang insan ini berikan?? Adakah benar lafaz cinta dan kasih buat ibu dari bibir dan hati kita atau ianya hanya palsu semata??

Buat bunda yang amat anakanda sayangi dan cintai..
 Tiada apa yang dapat anakanda hadiahkan buat bunda tersayang.. Hanya titipan doa semoga sisa-sisa hidup yang berbaki ini Allah beri peluang buat diri untuk membahagiakan bunda dan menjadi anak yang soleh dan solehah..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. 
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
   

Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.