May 12, 2013

Love u mum..(^_^)

Bermula dari hari kita dilahirkan, setiap hari adalah hari ibu.. Detik-detik selepas itu adalah selayaknya setiap penghargaan kita berikan buat ibu kita..


Hanya Allah yang dapat membalas jasa insan yang bernama ibu.. Dia yang mengandungkan kita 9 bulan.. Diusung kita ke sana ke mari tanpa mengendahkan keperitan yang dialami.. Dia yang berjaga malam menjaga kita.. Berapa banyak air mata yang mengalir di pipi mulus ibu kerana kerenah kita.. Kerunsingan yang ibu alami kerana bimbang memikirkan tentang kita.. Setiap makan, minum dan keperluan kita, ibu sediakan tanpa ada keluhan.. Adakah kita nilai dan hargai seluruh kasih sayang yang insan ini berikan?? Adakah benar lafaz cinta dan kasih buat ibu dari bibir dan hati kita atau ianya hanya palsu semata??

Buat bunda yang amat anakanda sayangi dan cintai..
 Tiada apa yang dapat anakanda hadiahkan buat bunda tersayang.. Hanya titipan doa semoga sisa-sisa hidup yang berbaki ini Allah beri peluang buat diri untuk membahagiakan bunda dan menjadi anak yang soleh dan solehah..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. 
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
   

Read More

May 10, 2013

Untukmu Serikandi Islam..

Rasa terpanggil untuk berkongsi sebuah kisah serikandi Islam yang amat disegani ketabahan dan kekentalan hatinya.. Pada suatu ketika dulu, Saidatina Hajar bersama anaknya yang masih dalam susuan.. Ketika itu, Nabi Ibrahim as meninggalkannya di tanah gersang, sekitar padang pasir yang tandus dan tak ada apa-apa.. Sampaikan masa tu timbul persoalan dan menjadi satu tanda tanya adakah masih mampu untuk meneruskan kehidupan dengan keadaan sedemikian..

Saidatina Hajar bertanya..
“Apakah Allah swt memerintahkan hal ini kepadamu wahai Ibrahim?”
“Ya, benar” jawab nabi Allah, Nabi Ibrahim..  
Dengan kedamaian dan ketenangan hati, Saidatina Hajar menjawab, 
 “Jika demikian, nescaya Allah swt tidak akan menyia-nyiakan kami.”

Penjelasan yang sudah cukup dan memadai buat Saidatina Hajar dari Si Suami.. Tiada persoalan yang bertubi-tubi dilontarkan.. Juga tiada rengekan dan kesedihan atas ketetapan takdir..

Betapa kuatnya iman dan tulusnya tawakkal Saidatina Hajar.. Tiada jaminan yang dipegang kecuali keyakinan yang teguh terhadap Allah swt..

“…Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
(Surah Ali 'Imran, ayat 173) 

 Tiada kegelisahan bersarang di dalam hati tatkala Allah ditempatkan di kedudukan yang paling tinggi dalam diri.. Bukankah begini sepatutnya sifat kita wahai para muslimah ketika dilanda tribulasi kehidupan?

Terlalu ramai serikandi Islam suatu ketika dahulu yang boleh kita amati dan hayati kisah-kisah mereka.. Mereka adalah wanita sama seperti kita.. Cuma yang membezakan kita dan mereka adalah sejauh mana kekuatan hubungan kita dengan Sang Pencipta.. 

Wahai Serikandi Islam kini..
Kuatkanlah iman dalam diri dan rempuhlah onak duri yang mendatang dengan jiwa yang kental.. Bersangka baiklah dengan Allah.. Sesungguhnya Dia hendak menaikkan darjatmu, memperbaiki akhlakmu, menguatkan pergantunganmu hanya padaNya, menggugurkan dosa-dosamu dan mengisi masamu untuk lebih mengingatiNya..

Allah memberikan Tarbiyyah kepada kita dalam bentuk ujian dan mehnah.. Kehidupan kita ini semua perancanganNya.. Bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah di kala ujian datang bertamu.. Kerana banyaknya dugaan yang dihidangkan buat kita itulah tandanya kasih dan cinta Allah buat hambaNya yang disayangi..

Read More

Apr 27, 2013

Manisnya ujian..

Dalam hidup ni kita memang tak boleh lari dari ujian.. Dunia memang dicipta penuh dengan ujian.. Tidaklah Allah datangkan ujian itu kepada kita melainkan semata-mata untuk menguji iman dan mendekatkan kita padaNya..

Yang paling penting, bagi orang yang beriman.. Sakitnya ujian yang menimpa, itulah tanda cinta dan sayang Allah kepada hambaNya yang dikasihi.. Makin berat ujian yang datang, makin beruntung insan yang terpilih itu seandainya dia benar-benar beriman..

Sabarlah wahai insan yang diuji.. Pertemuan dengan Sang Pencipta itu sangat manis.. Nikmatilah ujian yang pahit ini dengan penuh redha dan syukur.. InsyaAllah redha dan rahmat Allah sentiasa bersama kita..:)

* Kuatkan hati kami dengan dakapan cintaMu Ya Allah *
Read More

Mar 5, 2013

aku hanya ingin Dia..

Emm.. Ni lah hidup.. Sangat menyakitkan.. Rasa seperti tak mampu, tak sanggup nak hadapi hidup ni lagi.. Sangat menyakitkan.. Tak mampu untuk dicerita pada dunia.. Benarlah memang tiada siapa yang dapat memahami apa yang kita rasai melainkan Dia yang menciptakan diri ni..

Ya Allah.. Aku tak ingin menjadi hambaMu yang berputus asa terhadap rahmatMu.. Namun yang ku dambakan hanya redha dan kekuatan dariMu.. Aku tak kan mampu untuk bertahan sampai dini hari melainkan hanya dengan kekuatan dariMu..

Memujuk diri dan mengadu padaNya yang Maha Berkuasa.. Hanya itu yang ku mampu.. Apa pun yang mereka lakukan terhadapku, itu bukan salah mereka.. Semua ini terjadi kerana kelalaian dan kelekaan aku yang membuatkan dosa-dosa ku menghimpit dan menyulitkan hidup ku.. Ya.. Mereka tak bersalah.. Semua ni salah aku..

Seringkali aku berfikir dan merenung.. Aku tak mampu hidup lagi.. Makin lama aku hidup makin bertambah dosa ku padaNya dan secara tak langsung akan berkait dengan perjalanan hidupku.. Tapi ternyata aku salah.. Segala yang Dia tentukan itu semuanya berhikmah.. Mungkin masih banyak hikmah yang belum aku ambil sebagai pengajaran dalam hidup ku..

Sesungguhnya dunia adalah tempat untuk ku mencari bekalan buat hidup ku di akhirat kelak.. Bagaimana aku ingin mati jika bekalanku masih kosong tidak berisi.. Aku harus terus bertahan.. Waktu mati akan tiba bagi setiap orang.. Tak perlu aku memintanya.. Ia pasti akan datang..

Ya Allah.. Tenangkanlah hati hambaMu ini.. Hanya kepadaMu tempatku mengadu.. Aku tak pasti sama ada aku masih mempunyai sesiapa di dunia ni.. Yang pasti, aku cuma merasai hanya Kau Ya Allah yang sentiasa di sisi ku.. Aku tak mampu tanpaMu Ya Allah.. Jika aku berdosa, Ampunkanlah dan tunjuk kanlah padaku jalan yang benar.. Jangan Kau biarkan aku jauh dariMu.. Aku tak mampu melakukan apa-apa pun tanpaMu Ya Allah..

Aku cuma ingin Allah.. Aku cuma ingin mencari redha Allah.. Aku hanya hamba yang sangat lemah.. Aku sedar aku tak sebaik mereka yang lain.. Tak perlu bandingkan aku dengan mereka.. Aku tak punya apa-apa.. Aku cuma ada Allah tempat ku mengadu saban hari.. Hanya Allah tempatku mencari kekuatan..



Read More

Sep 20, 2012

Petunjuk Allah..

ok.. lama tak update.. yela.. dah nama pun laman sesawang.. memang la kena selalu dok bersawang kan.. hehe.. apa pun, kali ni saya nak cerita pasal hidayah.. hidayah ni bukan nama orang ye.. hehe.. sape-sape yang nama hidayah, sila rendah kan hati ye sebab saya tak cite pasal awak pun.. hehe.. takpe2..

Ok.. tak nak cerita banyak pun.. cukup sekadar peringatan buat diri sendiri dan awak semua.. firstly, saya nak kongsi sedikit tentang asal usulnya perkataan hidayah.. hidayah ni diambil dari bahasa arab iaitu ' هداية ' bermaksud petunjuk.. petunjuk pula ialah apa yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..

Kita kena tahu dan sedar bahawa hidayah ni milik Allah.. ianya datang dari belas kasihan Allah sendiri.. hanya Allah yang berkuasa nak bagi hidayah atau petunjuk pada siapa-siapa pun yang Dia nak.. dan hanya dengan hidayah saja yang boleh mengubah cara hidup kita sebagai manusia.. dari kegelapan kepada cahaya kebenaran.. dari kekufuran kepada keimanan.. dari hati kita yang selalu gelisah kepada ketenangan jiwa..

Saya petik sedikit dari firman Allah dalam Al-Quran Al-Kareem :

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat, nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”

Surah Al-An'am : 125

Allah sendiri dah beritahu dalam Al-Quran.. siapa yang Dia nak beri hidayah, Dia akan bagi dan Dia akan permudahkan.. dan sama juga sebaliknya, jika Dia mahu seseorang itu sesat, Dia akan menyesatkannya.. na'uzubillahi min dzalik..

Sebagai lumrah alam, apa yang kita nak, kalau tak ada usaha, mungkin juga boleh jadi mustahil untuk kita kita nak dapatkan nya.. makanya, usaha kita kena ada.. kita kena selalu muhasabah diri.. lihat ibadah kita.. akhlak kita sesama manusia.. dengan ibu bapa kita.. dengan kawan2 dan orang sekeliling kita.. adakah dah cukup baik semua amalan dan tingkah laku kita?? tanya diri.. selalu tanya diri kita, kita ni hidup di muka bumi Allah tapi apa yang dah kita buat untuk Dia??

Bermohonlah kita kepada Allah.. diri kita sangat perlukan hidayah dari Allah.. bukan senang2 Allah nak bagi.. Dia sentiasa melihat usaha kita.. bukan siapa diri kita.. Dia tak lihat siapa kita yang dulu atau sekarang.. kalau kita betul-betul dah bertaubat, insyallah yakinlah Allah selalu dekat dengan kita.. tapi koreksi diri kita.. kalau kita sambil lewa saja doa tanpa ada usaha, fikirlah sendiri layak ke kita nak dapat rahmat hidayah dari  Allah..??

Mohonlah kepadaNya dengan sepenuh hati.. menangis sepuas hati kita.. tiap2 titis air mata kita tu sangat berharga di sisi Allah jika kita benar2 ikhlas mengharapkan rahmat dan kasihNya.. Kita semua hanya insan yang lemah.. kita tak kan mampu nak buat apa-apa tanpa Allah.. di dunia pun kita lemah.. apalagi nak hadapi hari akhirat.. kita semua tahu, bekalan di akhirat bukanlah harta ataupun wang ringgit, tapi kita perlukan amalan kebaikan yang kita buat seikhlas hati kerana Allah.. tapi tanpa hidayah dari Allah, mampu ke kita nak buat amalan2 demikian dengan hati yang tulus ikhlas?? tanya hati kita..

Saya sendiri hanya hamba yang lemah dan tak ada tempat bergantung selain Allah.. jadi, buat  peringatan diri saya dan awak semua, selalu berdoa kepada Allah dan jangan pernah jemu.. hanya doa sebagai senjata dan kekuatan kita untuk menghadapi dunia yang fana dan penuh dugaan ni..

 Dalam Islam sendiri sering menggalakkan kita sebagai ummat Islam selalu minta dan doa pada Allah supaya sentiasa ditetapkan pada jalan yang benar.. tak kira lah kita ni banyak ilmu ke.. kuat iman ke.. kita kena tahu.. iman manusia tu sentiasa naik dan turun.. kalau kita tak selalu berdoa dan usaha untuk kekalkan dan naikkan tahap keimanan kita, tak mustahil kita pun boleh tersesat jauh.. na'uzubillah..




~ Wallahu A'lam ~

Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.