Apr 27, 2013

Manisnya ujian..

Dalam hidup ni kita memang tak boleh lari dari ujian.. Dunia memang dicipta penuh dengan ujian.. Tidaklah Allah datangkan ujian itu kepada kita melainkan semata-mata untuk menguji iman dan mendekatkan kita padaNya..

Yang paling penting, bagi orang yang beriman.. Sakitnya ujian yang menimpa, itulah tanda cinta dan sayang Allah kepada hambaNya yang dikasihi.. Makin berat ujian yang datang, makin beruntung insan yang terpilih itu seandainya dia benar-benar beriman..

Sabarlah wahai insan yang diuji.. Pertemuan dengan Sang Pencipta itu sangat manis.. Nikmatilah ujian yang pahit ini dengan penuh redha dan syukur.. InsyaAllah redha dan rahmat Allah sentiasa bersama kita..:)

* Kuatkan hati kami dengan dakapan cintaMu Ya Allah *
Read More

Mar 5, 2013

aku hanya ingin Dia..

Emm.. Ni lah hidup.. Sangat menyakitkan.. Rasa seperti tak mampu, tak sanggup nak hadapi hidup ni lagi.. Sangat menyakitkan.. Tak mampu untuk dicerita pada dunia.. Benarlah memang tiada siapa yang dapat memahami apa yang kita rasai melainkan Dia yang menciptakan diri ni..

Ya Allah.. Aku tak ingin menjadi hambaMu yang berputus asa terhadap rahmatMu.. Namun yang ku dambakan hanya redha dan kekuatan dariMu.. Aku tak kan mampu untuk bertahan sampai dini hari melainkan hanya dengan kekuatan dariMu..

Memujuk diri dan mengadu padaNya yang Maha Berkuasa.. Hanya itu yang ku mampu.. Apa pun yang mereka lakukan terhadapku, itu bukan salah mereka.. Semua ini terjadi kerana kelalaian dan kelekaan aku yang membuatkan dosa-dosa ku menghimpit dan menyulitkan hidup ku.. Ya.. Mereka tak bersalah.. Semua ni salah aku..

Seringkali aku berfikir dan merenung.. Aku tak mampu hidup lagi.. Makin lama aku hidup makin bertambah dosa ku padaNya dan secara tak langsung akan berkait dengan perjalanan hidupku.. Tapi ternyata aku salah.. Segala yang Dia tentukan itu semuanya berhikmah.. Mungkin masih banyak hikmah yang belum aku ambil sebagai pengajaran dalam hidup ku..

Sesungguhnya dunia adalah tempat untuk ku mencari bekalan buat hidup ku di akhirat kelak.. Bagaimana aku ingin mati jika bekalanku masih kosong tidak berisi.. Aku harus terus bertahan.. Waktu mati akan tiba bagi setiap orang.. Tak perlu aku memintanya.. Ia pasti akan datang..

Ya Allah.. Tenangkanlah hati hambaMu ini.. Hanya kepadaMu tempatku mengadu.. Aku tak pasti sama ada aku masih mempunyai sesiapa di dunia ni.. Yang pasti, aku cuma merasai hanya Kau Ya Allah yang sentiasa di sisi ku.. Aku tak mampu tanpaMu Ya Allah.. Jika aku berdosa, Ampunkanlah dan tunjuk kanlah padaku jalan yang benar.. Jangan Kau biarkan aku jauh dariMu.. Aku tak mampu melakukan apa-apa pun tanpaMu Ya Allah..

Aku cuma ingin Allah.. Aku cuma ingin mencari redha Allah.. Aku hanya hamba yang sangat lemah.. Aku sedar aku tak sebaik mereka yang lain.. Tak perlu bandingkan aku dengan mereka.. Aku tak punya apa-apa.. Aku cuma ada Allah tempat ku mengadu saban hari.. Hanya Allah tempatku mencari kekuatan..



Read More

Sep 20, 2012

Petunjuk Allah..

ok.. lama tak update.. yela.. dah nama pun laman sesawang.. memang la kena selalu dok bersawang kan.. hehe.. apa pun, kali ni saya nak cerita pasal hidayah.. hidayah ni bukan nama orang ye.. hehe.. sape-sape yang nama hidayah, sila rendah kan hati ye sebab saya tak cite pasal awak pun.. hehe.. takpe2..

Ok.. tak nak cerita banyak pun.. cukup sekadar peringatan buat diri sendiri dan awak semua.. firstly, saya nak kongsi sedikit tentang asal usulnya perkataan hidayah.. hidayah ni diambil dari bahasa arab iaitu ' هداية ' bermaksud petunjuk.. petunjuk pula ialah apa yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..

Kita kena tahu dan sedar bahawa hidayah ni milik Allah.. ianya datang dari belas kasihan Allah sendiri.. hanya Allah yang berkuasa nak bagi hidayah atau petunjuk pada siapa-siapa pun yang Dia nak.. dan hanya dengan hidayah saja yang boleh mengubah cara hidup kita sebagai manusia.. dari kegelapan kepada cahaya kebenaran.. dari kekufuran kepada keimanan.. dari hati kita yang selalu gelisah kepada ketenangan jiwa..

Saya petik sedikit dari firman Allah dalam Al-Quran Al-Kareem :

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat, nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.”

Surah Al-An'am : 125

Allah sendiri dah beritahu dalam Al-Quran.. siapa yang Dia nak beri hidayah, Dia akan bagi dan Dia akan permudahkan.. dan sama juga sebaliknya, jika Dia mahu seseorang itu sesat, Dia akan menyesatkannya.. na'uzubillahi min dzalik..

Sebagai lumrah alam, apa yang kita nak, kalau tak ada usaha, mungkin juga boleh jadi mustahil untuk kita kita nak dapatkan nya.. makanya, usaha kita kena ada.. kita kena selalu muhasabah diri.. lihat ibadah kita.. akhlak kita sesama manusia.. dengan ibu bapa kita.. dengan kawan2 dan orang sekeliling kita.. adakah dah cukup baik semua amalan dan tingkah laku kita?? tanya diri.. selalu tanya diri kita, kita ni hidup di muka bumi Allah tapi apa yang dah kita buat untuk Dia??

Bermohonlah kita kepada Allah.. diri kita sangat perlukan hidayah dari Allah.. bukan senang2 Allah nak bagi.. Dia sentiasa melihat usaha kita.. bukan siapa diri kita.. Dia tak lihat siapa kita yang dulu atau sekarang.. kalau kita betul-betul dah bertaubat, insyallah yakinlah Allah selalu dekat dengan kita.. tapi koreksi diri kita.. kalau kita sambil lewa saja doa tanpa ada usaha, fikirlah sendiri layak ke kita nak dapat rahmat hidayah dari  Allah..??

Mohonlah kepadaNya dengan sepenuh hati.. menangis sepuas hati kita.. tiap2 titis air mata kita tu sangat berharga di sisi Allah jika kita benar2 ikhlas mengharapkan rahmat dan kasihNya.. Kita semua hanya insan yang lemah.. kita tak kan mampu nak buat apa-apa tanpa Allah.. di dunia pun kita lemah.. apalagi nak hadapi hari akhirat.. kita semua tahu, bekalan di akhirat bukanlah harta ataupun wang ringgit, tapi kita perlukan amalan kebaikan yang kita buat seikhlas hati kerana Allah.. tapi tanpa hidayah dari Allah, mampu ke kita nak buat amalan2 demikian dengan hati yang tulus ikhlas?? tanya hati kita..

Saya sendiri hanya hamba yang lemah dan tak ada tempat bergantung selain Allah.. jadi, buat  peringatan diri saya dan awak semua, selalu berdoa kepada Allah dan jangan pernah jemu.. hanya doa sebagai senjata dan kekuatan kita untuk menghadapi dunia yang fana dan penuh dugaan ni..

 Dalam Islam sendiri sering menggalakkan kita sebagai ummat Islam selalu minta dan doa pada Allah supaya sentiasa ditetapkan pada jalan yang benar.. tak kira lah kita ni banyak ilmu ke.. kuat iman ke.. kita kena tahu.. iman manusia tu sentiasa naik dan turun.. kalau kita tak selalu berdoa dan usaha untuk kekalkan dan naikkan tahap keimanan kita, tak mustahil kita pun boleh tersesat jauh.. na'uzubillah..




~ Wallahu A'lam ~

Read More

Aug 23, 2012

Andai Rasulullah di sisi kita..

Alhamdulillah.. idea datang lagi.. cerita tentang Rasulullah, teringat sirah2 atau sejarah hidup Baginda Rasulullah SAW.. sama2 kita muhasabah diri.. kita selalu sebut kita cintakan Rasulullah.. tapi adakah kita sering berselawat ke atas Baginda?.. kita kata kita mahu meneruskan perjuangan Baginda untuk menegakkan syiar Islam, tapi adakah kita hidup atas landasan atau cara hidup Baginda yang telah digariskan dalam syara'?.. kita kata kita cintakan Islam tapi kita mengenepikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita.. Astaghfirullah al-adzeem.. Astaghfirullah al-adzeem.. Astaghfirullah al-adzeem.. 

Beruntunglah kita menjadi ummat Rasulullah SAW.. Bila ditanya kepada Nabi Musa, apa yang paling dia mahu, lalu Nabi Musa jawab, dia mahu jadi ummat Nabi Muhammad SAW.. subhanallah.. tanya diri kita.. tak bersyukurkah kita dilahirkan sebagai ummat Nabi Muhammad.? Sebelum Baginda wafat, ummati.. ummati.. ummati.. (ummatku) yang Rasulullah sebut.. Lihatlah betapa cintanya Baginda kepada kita.. tapi kita? Astaghfirullah al-adzeem.. Sama2 kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan untuk mendalami cinta Rasulullah dengan lebih mendalam, bacalah sirah Baginda.. Hayatilah sirahnya.. moga kita bertemu Rasulullah di akhirat kelak.. Sollu 'Alannabiy..


Kita hayati dan renungkan sedikit sirah Rasulullah dan Aisyah...

Satu hari isteri baginda Aisyah menunggu kepulangan baginda untuk membukakan pintu sehinggalah lewat malam. Kerana lama menunggu, Aisyah tertidur. Rasulullah pulang lalu memberi salam serta mengetuk pintu hingga tiga kali tetapi Aisyah tidak tersedar, lalu Rasulullah tidur di luar rumahnya. Menjelang fajar Aisyah, terbangun daripada tidurnya lalu merasa hairan kerana Rasulullah masih belum pulang. Tetapi apabila membuka pintu, alangkah terkejutnya Aisyah apabila melihat Rasulullah tidur di luar rumah. Aisyah terus meminta maaf tetapi Rasulullah ternyata tidak marah dan tidak menyalahkan Aisyah atas kejadian itu. Begitulah perihal kehidupan Rasulullah. 

Bayangkan, zaman sekarang ada antara kita yang sampai sanggup memukul isteri semata-mata kerana perkara kecil malah mendabik dada kerana merasakan diri mereka ‘berkuasa’.. Dan banyak lagi kejadian yang berlaku yang langsung tak menggambarkan bahawa kita ini adalah ummat Rasulullah.. Astaghfirullah al-adzeem.. Dengan perlakuan sedemikian adakah kita layak mahu mengaku bahawa kita ummat Baginda? tanyalah iman kita sahabat.. Muhasabah sejauh mana cinta kita terhadap Baginda dan agama Allah.. Bersediakah kita untuk berhadapan dengan Allah? Buat renungan sahabat dan diri yang penuh dosa..

Wallahu A'lam..
Read More

Penyesalan di hari kiamat..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk new update.. biasa lah bila dah balik cuti ni memang jarang nak online.. balik cuti memang spend masa dgn family je kot.. hehe.. apa2 pun, lama dah nak share menda ni.. penah cerita2 dengan kawan pasal satu hadis ni.. Thanks kat kawan tu jugak sebab melalui dia Allah rezekikan saya untuk lebih mendalami hadis ni.. Alhamdulillah.. Jadi, rasanya kalau dapat share dengan awak2 ni ada jugak manfaatnya kan..:)


~Mafhum Hadis~

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa."

Dari hadis tu dinyatakan ada dua jenis manusia yang akan menyesal pada hari qiamat nanti. 

Pertama - Lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tapi dia tak gunakan kesempatan tu. 

Hadis ni mengajak kita manfaatkan hidup sementara ni untuk belajar ilmu2 untuk hidup pada jalan yang betul. Dengan ilmu yang betul, kita boleh tahu macam mana nak buat amal ibadah yang betul. Tapi dengan ilmu yang tak betul, boleh membawa seseorang ni melakukan bida'h atau kekeliruan yang merosakkan agama dan aqidahnya. Nanti akan diangkat darjat orang yang berilmu di sisi Allah pada hari kiamat. Dengan sebab ilmu yang betul tu menjadikan dia untuk lebih menguatkan keyakinan dan mengukuhkan ketauhidannya kepada Allah.

Kedua - Lelaki yang ajar ilmu kepada orang lain. Orang yang dia ajar tu dapat faedah dari ilmu yang diajar. Tapi dia yang ajar tak dapat apa2.  

Hadis ni nak tunjukkan basic menuntut ilmu tu untuk diamalkan. Pelajar belajar dengan gurunya untuk mendapatkan ilmu dan aplikasikannya dengan betul. Guru juga belajar dengan mengajar pelajarnya untuk menguasai ilmunya dengan lebih baik dan aplikasikannya dengan lebih baik dari semasa ke semasa. Pelajar yang diajar sibuk untuk memanfaatkan dan mengamalkan ilmu yang dia dapat untuk mendapatkan ganjaran dan pahala yang lebih banyak. Jadi, menjadi kerugian kalau gurunya hanya mengajar tapi ilmunya tak ada guna untuk dirinya (tak disusuli dengan amal).

Pepatah arab mengatakan :

 " العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر " 
 " Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah ". 

Jangan biarkan diri kita seperti pepatah tersebut, pohonnya ada tetapi tidak berbuah dan tidak memberi manfaat pada makhluk sekeliling. Sama juga manusia, ilmunya ada tapi jika tidak diamalkan ilmunya akan hilang. Bukan saja tidak dapat dimanfaatkan pada dirinya malahan orang lain pun tak dapat manfaat dari ilmunya.

Alhamdulillah.. Setakat ni je ye.. Moga sama2 bermanfaat.. 
Wallahu A'lam..


Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.