Aug 23, 2012

Andai Rasulullah di sisi kita..

Alhamdulillah.. idea datang lagi.. cerita tentang Rasulullah, teringat sirah2 atau sejarah hidup Baginda Rasulullah SAW.. sama2 kita muhasabah diri.. kita selalu sebut kita cintakan Rasulullah.. tapi adakah kita sering berselawat ke atas Baginda?.. kita kata kita mahu meneruskan perjuangan Baginda untuk menegakkan syiar Islam, tapi adakah kita hidup atas landasan atau cara hidup Baginda yang telah digariskan dalam syara'?.. kita kata kita cintakan Islam tapi kita mengenepikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita.. Astaghfirullah al-adzeem.. Astaghfirullah al-adzeem.. Astaghfirullah al-adzeem.. 

Beruntunglah kita menjadi ummat Rasulullah SAW.. Bila ditanya kepada Nabi Musa, apa yang paling dia mahu, lalu Nabi Musa jawab, dia mahu jadi ummat Nabi Muhammad SAW.. subhanallah.. tanya diri kita.. tak bersyukurkah kita dilahirkan sebagai ummat Nabi Muhammad.? Sebelum Baginda wafat, ummati.. ummati.. ummati.. (ummatku) yang Rasulullah sebut.. Lihatlah betapa cintanya Baginda kepada kita.. tapi kita? Astaghfirullah al-adzeem.. Sama2 kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan untuk mendalami cinta Rasulullah dengan lebih mendalam, bacalah sirah Baginda.. Hayatilah sirahnya.. moga kita bertemu Rasulullah di akhirat kelak.. Sollu 'Alannabiy..


Kita hayati dan renungkan sedikit sirah Rasulullah dan Aisyah...

Satu hari isteri baginda Aisyah menunggu kepulangan baginda untuk membukakan pintu sehinggalah lewat malam. Kerana lama menunggu, Aisyah tertidur. Rasulullah pulang lalu memberi salam serta mengetuk pintu hingga tiga kali tetapi Aisyah tidak tersedar, lalu Rasulullah tidur di luar rumahnya. Menjelang fajar Aisyah, terbangun daripada tidurnya lalu merasa hairan kerana Rasulullah masih belum pulang. Tetapi apabila membuka pintu, alangkah terkejutnya Aisyah apabila melihat Rasulullah tidur di luar rumah. Aisyah terus meminta maaf tetapi Rasulullah ternyata tidak marah dan tidak menyalahkan Aisyah atas kejadian itu. Begitulah perihal kehidupan Rasulullah. 

Bayangkan, zaman sekarang ada antara kita yang sampai sanggup memukul isteri semata-mata kerana perkara kecil malah mendabik dada kerana merasakan diri mereka ‘berkuasa’.. Dan banyak lagi kejadian yang berlaku yang langsung tak menggambarkan bahawa kita ini adalah ummat Rasulullah.. Astaghfirullah al-adzeem.. Dengan perlakuan sedemikian adakah kita layak mahu mengaku bahawa kita ummat Baginda? tanyalah iman kita sahabat.. Muhasabah sejauh mana cinta kita terhadap Baginda dan agama Allah.. Bersediakah kita untuk berhadapan dengan Allah? Buat renungan sahabat dan diri yang penuh dosa..

Wallahu A'lam..

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.