Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk new update.. biasa lah bila dah balik cuti ni memang jarang nak online.. balik cuti memang spend masa dgn family je kot.. hehe.. apa2 pun, lama dah nak share menda ni.. penah cerita2 dengan kawan pasal satu hadis ni.. Thanks kat kawan tu jugak sebab melalui dia Allah rezekikan saya untuk lebih mendalami hadis ni.. Alhamdulillah.. Jadi, rasanya kalau dapat share dengan awak2 ni ada jugak manfaatnya kan..:)
"Orang yang paling menyesal
pada hari Kiamat ialah
lelaki yang ada peluang
menuntut ilmu di
dunia tetapi dia tidak mengambil
kesempatan
menuntutnya, dan lelaki yang
mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang
belajar darinya mendapat
faedah dari ilmu itu
sedangkan dia sendiri
tidak mendapat apa-apa."
Dari hadis tu dinyatakan ada dua
jenis manusia yang akan
menyesal pada hari
qiamat nanti.
Pertama - Lelaki yang ada
peluang menuntut ilmu di dunia tapi dia tak gunakan kesempatan tu.
Hadis ni mengajak kita manfaatkan hidup sementara ni untuk belajar ilmu2 untuk hidup pada jalan yang betul. Dengan ilmu yang betul, kita boleh tahu macam mana nak buat amal ibadah yang betul. Tapi dengan ilmu yang tak betul, boleh membawa seseorang ni melakukan bida'h atau kekeliruan yang merosakkan agama dan aqidahnya. Nanti akan diangkat darjat orang yang berilmu di sisi Allah pada hari kiamat. Dengan sebab ilmu yang betul tu menjadikan dia untuk lebih menguatkan keyakinan dan mengukuhkan ketauhidannya kepada Allah.
Kedua - Lelaki yang ajar ilmu
kepada orang lain. Orang yang
dia ajar tu dapat
faedah dari ilmu yang diajar.
Tapi dia yang ajar tak dapat apa2.
Hadis ni
nak tunjukkan basic
menuntut ilmu tu
untuk diamalkan. Pelajar belajar dengan
gurunya untuk mendapatkan
ilmu dan
aplikasikannya dengan
betul. Guru juga belajar dengan
mengajar pelajarnya untuk
menguasai ilmunya dengan lebih baik dan
aplikasikannya dengan
lebih baik dari semasa ke
semasa. Pelajar yang diajar sibuk untuk memanfaatkan dan mengamalkan ilmu yang dia dapat untuk mendapatkan ganjaran dan pahala yang lebih banyak. Jadi, menjadi kerugian kalau gurunya hanya mengajar tapi ilmunya tak ada guna untuk dirinya (tak disusuli dengan amal).
Pepatah arab mengatakan :
" العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر "
" Ilmu tanpa amal
ibarat pokok tanpa
buah ".
Jangan biarkan diri kita seperti pepatah tersebut, pohonnya ada tetapi tidak berbuah dan tidak memberi manfaat pada makhluk sekeliling. Sama juga manusia, ilmunya ada tapi jika tidak diamalkan ilmunya akan hilang. Bukan saja tidak dapat dimanfaatkan pada dirinya malahan orang lain pun tak dapat manfaat dari ilmunya.
Alhamdulillah.. Setakat ni je ye.. Moga sama2 bermanfaat..
Wallahu A'lam..
0 comments:
Post a Comment