Nov 10, 2014

pinjaman..

Lepas aku solat tadi aku terfikir 'sesuatu'.. fikiran aku melayang seketika.. (tudiaaa tak lekang dari fikirkan dunia.. ish ish ish.. astaghfirullah..).. dan aku teruskan berwirid.. terdetik kat hati ni "takpelah mungkin kejap lagi ada la something Allah bagi hint masa mengaji"..

Pastu macam biasa tiap-tiap lepas solat aku ngaji 1 mukasurat paling kurang.. (bukan nak riak noh.. aku habaq ja.. ni antara cara aku psycology untuk tenangkan dalaman dan luaran yang rapuh ni.. insyaAllah, sangat berkesan.. alhamdulillah.. nak ikut amalan ni, sila.. tak nak, tak paksa aihhh.. tapi sila la ikut.. bole dapat pahala sama-sama kannn..)

Sepanjang mengaji tu aku rase berdebar je pasaipa tak tau la.. haha saja kot perasaan aku.. ngaji punye ngaji, aku pun sampai kat ayat ni..


Dan iolls sgt sebak hokkay.. T_T 
(Dia Maha Tahu dan sentiasa tahu ape yang aku rasa.. huhu..)

Tadi aku terfikir seandainya aku kehilangan sesuatu yang aku sayang, apa lah nak jadi kat aku (sambil terbayang 'sesuatu' tu.. hahhah cehhh..).. hahha ape kena sedih sangat entah fikiran aku ni.. aihhh.. dan dua ayat ni sangat-sangat buat aku rasa macam segedebuk buah kelapa jatuh ataih pala ni.. huhuhu

Setelah Allah menegur aku dengan mengetuk hati aku dengan dua ayat ni, aku mula sedar dan redha, hidup kat dunia ni hanya sementara dan segala apa yang ada di dalamnya juga sekadar 'pinjaman'.. bukan nya 'hak milik persendirian'.. dah pinjam kena pulang balik kat tuannya..

Sungguh, aku selalu alpa yang setiap manusia akan mati.. hanya Dia je yang kekal.. macam tu juga, setiap yang ada akan hilang dan lenyap.. melainkan hanya Dia je yang akan tetap wujud selamanya..

Moga segala ujian keimanan ni menjadikan kita hambaNya yang sentiasa ingat bahawa kita akan kembali padaNya.. pilihan ada pada diri kita sama ada nak kembali dalam keadaan yang diredhaiNya atau dimurkaiNya (nau'zubillahi min zalik)..

 InsyaAllah cuba semampu yang boleh untuk buat yang terbaik semata-mata kerana Dia.. tak rugi pun kan.. hidup hanya sekali dan terlalu singkat.. Mohon redhaNya sentiasa bersama.. :')

*** *** ***
*** *** ***

Rasulullah SAW wasiatkan sesuatu yang paling berharga (Al-Quran) sebagai panduan hidup kita.. Tetaplah berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah hidayah dan taufiq dari Allah sentiasa mengiringi hidup kita di dunia yang fana ni..

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.