Oct 21, 2013

Cairo aku datang..


Alhamdulillah selamat dah sampai kat mesir.. 3 hari dah sampai tapi macam-macam hal.. apa-apa pun kalau dah sampai kat mesir memang kena redha.. kat bumi anbiya' lah Nabi-nabi dulu banyak di uji.. melalui ujian-ujian yang ditimpa kepada para nabi lah mengajar kite ni erti redha nak hadapi setiap ujian..

Mula-mula sampai hari tu dah ade surprise.. tadaaa.. ingatkan ada orang jemput kat cairo airport.. call lah orang yang berkenaan.. rupanya tak dapat nak jemput.. maka nya aku disuruh untuk naik taxi.. haha.. ok.. teringat cerita istanbul aku datang.. tak ada orang nak jemput, ambil lah taxi balik rumah sendiri.. balik sorang-sorang memang kena buat-buat cool lah..

Nak di jadikan cerite.. Alhamdulillah lah dengan kurniaan sedikit peramah dan cool yang Allah kurniakan kat aku, turun je flight kami akan ambil bus untuk ke check out kat imegresen.. Dalam bus tu depan aku ada sorang pakcik melayu.. Aku pun dengan ramah nye tanye lah pakcik kerja kat sini ke dan macam-macam lagi soalan.. Turun je bus aku pun jalan macam biase.. Pakcik tu jalan sendiri dan aku pun jalan sendiri nak tunggu luggage sampai pula.. Haaa masa ni la aku call orang yang nak jemput tu.. Dah kena suruh naik taxi aku pun teringat pakcik tadi.. Aku pun cari pakcik tu kate nak tumpang kalau boleh.. kalau tak bole aku ambil taxi je lah.. Pakcik tu pun kate nanti dia tanye kawan dia.. Lega sikit.. Dah ambil semua luggage, pakcik tu pun ajak jalan sekali.. kawan dia pun kate ok je.. Alhamdulillah.. Mereka pun hantar aku sampia rumah.. Walaupun tak kenal tapi aku yakin dorang ni baik hati.. Kalau naik taxi dengan arab, orang arab ni kita tak boleh jangka tindak tanduk dorang.. Sekejap nampak baik je.. Sekejap nampak lain pula.. Emm macam tu la arab..

Moral of the story, siapa pun yang kita jumpa.. kenal atau tak kita rajin-rajin lah nak bertegur sapa.. Sikit-sikit dah la.. Lebih-lebih nanti orang tu fikir apa pula.. Yela kita tak tahu mungkin orang yang kita tegur tu jadi wasilah(perantara) dari Allah untuk mudahkan urusan kita..

Setiap sedutan nafas kita ni mesti ada pelajaran yang Allah nak bagi.. Cuma bergantung ke atas kita je nak menyedari dan memikirkan hikmah disebalik setiap yang terjadi..


Read More

Oct 8, 2013

...


Lagu ni buat aku teringat someone.. emm.. Hubungan dua benua yang agak complicated.. Alhamdulillah doa aku Allah makbulkan.. Penyelesaian dan kesudahan yang tak pernah aku sangka.. Perancangan Allah memang terbaik.. Biarlah masa yang menyembuhkan luka ni.. Kadang-kadang aku fikir kenapa lah hidup aku ni sangatlah complicated.. Dan satu kata-kata yang aku selalu pegang..

" Allah akan datangkan pelbagai masalah untuk menjadikan kita kuat "

" Allah juga akan datangkan masalah yang sangat susah supaya kita dapat berfikir bagaimana untuk menjalani dan menguruskan hidup dengan baik "

Moral of the story, kalau duduk oversea jangan nak layan sangat orang asing.. haha nonsense ok.. Aku masih boleh berfikir secara rasional.. hehe.. (^_^)









Read More

Dia lebih tahu..

Hidup ni kebanyakannya bukan macam yang kita inginkan.. Allah bukan ciptakan untuk kita bersenang-senang kat dunia ni.. Macam-macam yang kita kena lalui dan hadapi.. Kritikan atau teguran itu hal biasa.. Yang baik, kita ambil untuk jadikan diri kita lebih baik.. Yang buruk, kita jadikan ia satu pengajaran dan pelajaran pada diri supaya kita tak buat benda tu..

Apa yang orang fikirkan tentang kita itu tak penting.. Yang pentingnya jaga hati kita.. Kita hidup bukan atas nilaian manusia.. Kita hidup atas nilaian Allah.. Manusia tak kan pernah tahu apa yang kita rasa dan apa yang kita hadapi.. Kalau kita ni hidup nak ikutkan sangat kehendak manusia, tak hairan kan kalau kita boleh jadi hilang akal.. Yela sibuk nak penuhi kehendak manusia, jiwa dan hati sendiri tak terjaga.. Tapi alhamdulillah dalam hidup ni Allah banyak ajar kita erti redha.. Apa pun yang jadi, kalau kita betul-betul redha dan ikhlas, tak mustahil kan semua nya mudah untuk kita lalui..

Manusia selalu nak ikhlas dan redha dalam memberi sesuatu.. Tapi jarang sangat manusia nak ikhlas dan redha dalam menerima apa yang Allah nak bagi dan hadapkan dalam hidup.. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu yang terbaik.. Tapi jangan lupa Allah da rancangkan banyak rencana yang terbaik untuk diri kita.. Hidup manusia takkan sempurna tanpa rencana yang terbaik dari Allah..

Kat dunia ni Allah dah taklifkan setiap orang sebagai khalifah untuk memperbaiki diri dan orang lain.. Lalui setiap masa dengan tabah.. tak kan ada yang manis dalam hidup ni melainkan kita yang menganggap sesuatu tu manis.. yang penting bersyukur dan redha pada Allah dengan apa keadaan pun.. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. 
Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.