Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya Ia bukakan
kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang
kukuh, Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang
dijalaninya, Ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap
benar dan perangainya baik/mulia dan Ia jadikan telinganya mendengar dan
matanya melihat yang baik"
(diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Abi Zam)
HURAIAN
Tanda-tanda seseorang manusia itu sedang dibimbing Allah ke arah jalanNya
yang lurus atau kearah agama Nya yang suci ialah
Allah membuka pintu hatinya dan membedahkan segala hijab-hijab kelalaian
dan kejahilan, kemudahan hati yang terbuka itu dipancarkan dengan cahaya
iman,cahaya cintakan Allah dan cahaya ma'rifatNya yang suci.
Kemudian hati yang dipancarkan dengan kecintaan dan ma'rifat itu akan
dihiasi pula dengan kayakinan dan kepercayaan yang kukuh dan utuh, dan
tidak tergoncang oleh fitnah-fitnah dunia.
Kemudian hati yang iman, ma'rifat, keyakinan dan kepercayaan kukuh akan
dijadikan Allah begitu hati-hati, waspada dan sensitif dalam setiap
langkah hidup yang dijalani hingga ia terselamat dari noda-noda dosa dan
nafsu-nafsu penyelewengan dan ia juga begitu sedar dan teliti dengan
segala ajaran-ajaran Allah.
Allah jadikan hatinya yang penuh iman, ma'rifat, keyakinan dan kesedaran
itu sihat sejahtera dari penyakit-penyakit hasat dengki, ria', takbur,
dendam, marah, rasa perseteruan, was-was, keraguan dan sebagainya dari
penyakit-penyakit jiwa yang menyeksa dan menghilangkan ketenteraman
manusia.
Sebagai kesan dari pembinaan iman dan ma'rifat yang kukuh dalam hati
seseorang, ia akan menjadi seseorang yang sentiasa bercakap benar dan
berani memperkatakan kebenaran di tempat mana sahaja dan kepada tokoh
mana sahaja.
Kesan dari pembinaan dan ma'rifat itu juga Allah kurniakan kepadanya
telinga yang sentiasa cintakan ajaran dan nasihat yang benar dan
serentak dengan itu Allah kurniakan kepada matanya yang tajam yang dapat
melihat rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat ketuhanan disebalik kejadian
Allah dengan penelitian batin yang mendalam.
0 comments:
Post a Comment