Feb 16, 2012

menangis..

Sempat membaca dan mengkaji sedikit daripada kitab Riyadh As-Soliheen.. daripada bab Menangis Kerana Takutkan Allah dan Rindukan Kepada Nya.. saya petik sebahagian daripada hadis di dalam kitab tersebut.. mudah-mudahan kita dapat meneliti dan mengambil iktibar daripada nya.. insyallah..

---------------------

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya : "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku :
"Bacakanlah al-Quran untukku." Saya berkata : "Ya Rasulullah, apakah saya akan membacakan al-Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?" Beliau s.a.w. bersabda : "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain."

Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat yang
ertinya :

"Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat seorang saksi dan engkau Kami
jadikan saksi atas ummat ini?"
- Surat an-Nisa' 41 -

Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada beliau s.a.w., tiba-tiba kedua mata beliau itu meleleh airmatanya."
(Muttafaq 'alaih)

~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Anas r.a., katanya : "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar
suatu khutbah pun yang seperti itu - kerana amat menakutkan.

Beliau s.a.w. bersabda :
"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, niscaya engkau semua
akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak."

Anas berkata : "Maka para sahabat Rasulullah
s.a.w. sama menutupi mukanya masing-masing dan mereka itu menangis teresak-esak."
(Muttafaq 'alaih)

~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Ada tujuh jenis orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang
tiada naungan melainkan naunganNya sendiri - yakni hari kiamat yaitu..

imam - kepala atau pemimpin - yang adil
pemuda yang tumbuh -sejak kecilnya - dalam beribadat kepada Allah
orang yang hatinya tergantung - sangat memperhatikan - kepada masjid-masjid

dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula

orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan
dan berparas cantik, lalu ia berkata : "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,"
demikian pula sebaliknya, yaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas

orang yang bersedekah
dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya

orang yang mengingat pada Allah di waktu
keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)

~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Abdullah bin asy-Syikhkhir r.a., katanya :
"Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang bersembahyang dan dari dadanya itu terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis."

~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Anas r.a. pula, katanya :
"Abu Bakar berkata kepada Umar radhiallahu 'anhuma
sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. : "Mari kita bersama-sama berangkat ke tempat Ummu Aiman untuk menziarahinya, sebagaimana halnya Rasulullah s.a.w. juga menziarahinya."

Ketika keduanya sampai di tempat Ummu Aiman, lalu wanita ini menangis. Keduanya berkata : "Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau ketahui bahwasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w."

Ummu Aiman lalu menjawab:
"Sesungguhnya saya tidaklah menangis kerana saya tidak mengetahui bahwasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi saya menangis ini ialah kerana sesungguhnya wahyu itu telah terputus - sebab Nabi s.a.w. telah wafat."

Maka ucapan Ummu Aiman menggerakkan hati kedua sahabat itu
untuk menangis. Kemudian keduanya itupun menangis bersama Ummu Aiman.

~~~~~~~~~~~~~~

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya : "Ketika sudah sangat geringnya
Rasulullah s.a.w., lalu ditanyakan padanya siapa yang akan menjadi imam solat.

Beliau s.a.w. lalu bersabda :
"Perintahkanlah pada Abu Bakar, supaya ia bersembahyang menjadi imam orang-orang
banyak!" Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah seorang lelaki yang lemah, jikalau membaca al-Quran, maka bacaannya terkalahkan oleh tangisnya - sehingga bacaannyatidak jelas."

Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi :
"Perintahkanlah pada Abu Bakar supaya bersembahyang sebagai imam!"

~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Abu Umamah, yaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Tiada sesuatupun yang lebih dicintai oleh Allah Ta'ala daripada dua titisan dan dua bekas.

Dua titisan itu ialah titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dialirkan
fi-sabilillah.

Adapun dua bekas yaitu bekas luka fi-sabilillah dan bekas dalam mengerjakan
kefardhuan dari beberapa kefardhuan Allah Ta'ala - seperti bekas sujud dan lain-lain."

~~~~~~~~~~~~~~

Dari al-'Irbadh bin Sariyah r.a., katanya :
"Kita semua diberi nasihat oleh Rasulullah s.a.w., yaitu suatu nasihat yang semua hati
dapat menjadi takut kerananya dan matapun dapat melelehkan airmata."

*****************

Wallahu Aa'lam..
semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan peringatan buat hamba Nya yang benar2 beriman..

0 comments:

Post a Comment

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.