Dec 22, 2010

december 21st...


hmm.. Ya Allah.. berikan lah kekuatan kpd ku untuk menghadapi ujian dan dugaan ini.. aku hanya insan yang lemah lagi hina Ya Allah.. hadirkan lah hidayah Mu.. moga aku tergolong dalam orang yang beriman dan dikasihi Mu Ya Allah.. ampunkan lah segala dosa ku Ya Allah.. kadang kala aku futur dgn ujian Mu Ya Allah.. ampunkan aku Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu yang berulang sekali lagi Ya Allah.. moga ujian Mu menambahkan keimanan dan ketaqwaan ku terhadap Mu.. Ameen Ya Rabb..
Read More

Dec 18, 2010

buat diri dan sahabat yang lain...

hmm.. entah nye.. exam dah nak dkat.. risau kot makin.. huhu.. ape2 pn tgh search2 benda2 untuk dibaca, tibe2 terjumpe something... sy agk tertarik dgn ayat2 nya.. agak bermanfaat buat sy.. dan sy yakin ia nya jga agak bermanfaat buat sahabat2 sekalian... sama2 hayati agar same2 peroleh manfaat.. Insya Allah..


Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...


Read More

Dec 15, 2010

fanaku di ulit rindu...


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...

title : DALAM SUJUD CINTAKU
composed, written & performed by ABD HALIM BIN AHMAD
Read More

Dec 11, 2010

think like a winner.!!!

Emm.. memandangkan sekarang ni tgh musim2 nak dekat exam kan… opss.. maybe yang kat Malaysia 2 dah abis exam ryte… hehe… its ok… ni kat mesir.. kami baru nak start our exam.. Insya Allah awal bulan 1 nextyear.. hopefully everything’s ok…

Sy pernah terbaca artikal tentang Walter Doyle Staples dlm bukunya yang berjudul “Think Like A Winner!”.. bahawasanya beliau berpendapat kunci ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu.. maksudnya kat sini pemikiran kita ni dapat menentu dan mencorak hala tuju kehidupan seseorang individu tu kepada apa yang individu tu impikan.. nak kata nye ape yang kite fikirkan tntang diri kita, itulah akan akan kita jadi..

Setiap orang nak kan kejayaan dlm hidup masing2.. jadi nya setiap hari mulai dari kita bangun dari tidur, pemikiran kita sudah di ‘setting’ dari sblm kita tidur.. paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut dan difikirkan sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.. seandainya sebelum kita tidur, kita hnya memikirkan tntang sesuatu yang merumitkan hidup kita, maka keesokan hari nya kita akan merasai betapa rumit nya kehidupan kita pada hari tu… dan juga sebaliknya… seandainya kita memikirkan yang positif, maka apa yang akan kita lalui dan kesan yang akan kita terima Insya Allah dlm bentuk yang positif..

Oleh itu sesuatu perubahan yang positif perlu dilakukan terhadap pemikiran kita… mengikut Walter Doyle Staples :

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA…Anda mengubah kepercayaan anda,
Apabila anda mengubah kepercayaan anda…
Anda mengubah harapan anda,
Apabila anda mengubah harapan anda…
Anda mengubah sikap anda,
Apabila anda mengubah sikap anda…
Anda mengubah tindakan anda,
Apabila anda mengubah tindakan anda…
Anda mengubah prestasi anda,
Apabila anda mengubah prestasi anda…

ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA..!!!

Bila kita renung2kan balik bila dtg je musim exam, kdg2 byk tindakan yang xsepatutnya kita refleksikan dlm kegiatan harian kita… padahal setiap tindakan yang dibuat semua nya terhasil daripada pemikiran kita sendiri… cntohnya kata2 seperti… “saya xboleh… saya xbijak… saya malas…” Sepatutnya kata2 spt ni perlulah diubah kepada kata2 yang mampu menambahkan keyakinan diri dan optimis pada diri seperti… “saya boleh… saya bijak.. saya rajin…” Kata2 spt ini perlulah dilazimi dan diikuti dgn doa dan tawakkal pada Allah S.W.T.. Kita apa yang kita fikirkan… x-ray lah dada operate lah hati..
Read More

let's practice together...(^_^)

Hari ni sy nk berkongsi satu bacaan.. yang mane bacaan ni antara yang dituntut utk diamalkan sepanjang 10 hari pertama dlm bulan Muharram sbg pendinding sepanjang thn yang akan kita lalui dan tempuhi di hari yang bakal mendatang… Insya Allah…

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ وَهَذَا العَامُ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ ، وَسَنَةٌ جَدِيدِةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ ، نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِهَا ، وَنَسْتَكْفِيكَ فَوَاتَهَا وَشَغَلَهَا ، فَارْزُقْنَا العِصْمَةَ مِنَ الشَيْطَانِ الرَجِيمِ اللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيْرًا بِعُيُوْبِنَا وَمَطْلَعًا عَلَى عَوْرَاتِنَا مِنْ بَيْنَ أَيْدِيْنَا وَمِنْ خَلْفِنَا ، وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلِنَا يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا نَرَاهُمْ ، اللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ ، وَقَنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ ، وَأَنْتَ الفَعَّالُ لِمَا تُرِيْدٌ ، وَصَلَى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

# digalakkan diulang sebyk 3 kali dan jika lbh ia lbh baik kn… Insya Allah.. sama2 mdpt ganjaran dr Allah S.W.T… Ameen Ya Rabb..
Read More

story about sand and stone...

Hee.. ok today I would like to speaking a little bit… hmm… I don’t care if im just a broken english or whatever… but it must be my grammer is very ‘tonggang langgang’ ryte.. its ok… whatsoever, my english teacher ( secondary school ) said “If u wanna improve ur English language and also in ur speaking, u just hve 2 talking and talking.. don’t ever care about what people wanna said..” huhu.. isn’t it..?? haha.. think about it..

Ok.. what I wanna story today is about sand and stone.. what’s that.?? Sand and stone pun bleh jadi citer ke..?? hehe… by the way, tryng to feeling that story ok… I’ll asking u after finish to reading the story k.. ( konon2 muke bengis je..) hehe.. renung2kan..


A story tells that two friends were walking through the desert.. During some point of the journey, they had an argument, and one friend slapped the other one in the face.. the one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand :
“TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE…”

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath.. The one who had been slapped, got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him.. After the friend recovered from the near drowning, he wrote on a stone :
“TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE..”

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, “After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?”
The other friend replied : “When someone hurts us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away.. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it..”

LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND, AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE
Hmmm.. how’s that story.?? Mesti touching sket kn.. by the way, everyday we have 2 facing all peoples whether we are knowng them or not.. especially our friends… This story has taught us that as a good friend and also a good person to others, we have to do the same thing like the friend in the story that is the one who had been slapped by his best friend.. whatever people wanna do to us, let the pass with full sincerity, forgiveness.. don't remember evil against us, but remember the good that is poured.. that the best relationship.. may the blessings of Allah be wif us.. Insya Allah.. Ameen Ya Rabb..
Read More

Dec 9, 2010

comey.. comeyy..

hehe.. comey kn.. ske3..!! bukan hanye melihat kpd ke'comey'an nya... tapi sama2 kita renungkan mesej yg ingin disampaikan... I.Allah beroleh keberkatan Nya.. Ameen Ya Rabb...
Read More

slm maal hijrah...

Ok.. slm maal hjrah sume.. mengikut kiraan tahun hijrah, Muharram ( محرّم ) ni adalah bulan pertama dlm islam.. kesan drpd penghijrahan Rasulullah S.A.W dr Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sampaikan umat Islam mnjadikan peristiwa bersejarah Baginda S.A.W sbgai permulaan calendar Islam.. sblm hijrah, kiraan bulan atau nama bulan mengikut taqwim Masihi yang dikira dari lahirnya Nabi Isa oleh pengikut2 Yahudi dan Nasrani..

Antara amalan yg disunatkan keatas kite pd bulan ni :
  • 9 dan 10 Muharram disunatkan berpuasa. ( puasa Tasua’ dan puasa Asyura )
  • Memperbykkan amalan bersedekah kpd fakir miskin.
  • Melebihkan perbelanjaan dlm keluarga.
  • Mengusap kepala anak yatim dan berbelas kasihan thdap mreka.
  • Memperbykkan zikir dan selawat.
  • Sesiapa yang berbuat baik kpd anak yatim, seolah-olah die berbuat baik kat semua anak yatim.
  • Sesiapa yang bersedekah, maka seolah-olah die xpernah menolak permintaan org yang meminta2 selama die hidup.
# Tasua’ – hari ke9 dr bln Muharram
# Asyura – hari ke10 dr bln Muharram



Hayatilah kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama para sahabat.. Smoge ia nya menjadi dorongan kepada diri kita utk sama2 berhijrah.. even dari sifat mazmumah kpd mahmudah atau dari segi apa pun agar ia nya membawa seribu makna buat diri kita dan seluruh umat Islam.. Ameen Ya Rabb..
http://www.kisah.web.id/rosulullah-saw/hijrah-ke-madinah.html
Read More

Dec 4, 2010

menanti tahun baru hijrah 1432..

hari ni dah 27 Zulhijjah 1431... mengikut kalendar Islam, lagi beberapa hari je nak masuk tahun baru.. nak cerita nya banyak jugak peristiwa2 lalu yang boleh menjadi iktibar buat kita semua... adakah peristiwa lampau hanya kita biarkan saja ia berlalu ataupun kita jadikan nya sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik??

renung2 kan ye...
Read More

sweet 66th ayahanda cayang...

ok.. esok 5th december.. ayahanda sy nye bestday... huhu.. for the 2nd year kot wish dr perantauan.. hehe.. pe2 pn train ni da antar sume gift utk ayahanda tercayang... hopefully cukup ok... heee..


Get One At - Happy Birthday Dad Graphics

just 4 my luvly ayahanda :

* smoge dipnjgkn umo..
* smoge dimurahkan rezeki..
* smoge diberkati dan dikurniakan kesihatan oleh Allah sokmo..
* smoge ape yg dihajati diperkenankan...
* smoge berbahagie dgn bonda tercayang di dunia n akhirat...
* hopefully sgt2 smoge dipermudahkan segala nye untk ayahanda tercinta...

sayang n rindu sama ayahanda banget deh...(^__^)
Read More

Nov 23, 2010

seek only to give...

Sy ade satu kisah.. tpi rase nye prnah je dgr kisah ni... ape pun kisah ni sgt2 buat sy tersentuh... emm.. semua kisah mempunyai jalan cerita nya yang tersendiri... yang pasti nya biar lah hikmah drpd sesuatu kisah itu kita ambil sebagai manfaat diri dan orang lain...

ok.. di suatu senja... berhampiran simpang jalan... ada sorang laki ni dia drive laju sgt... sampai je dkat trafic light kat simpang jalan tu, dah menunjukkan lampu isyarat yang berwarna kuning... si lelaki yang sedang drive 2 pun terpikir.. nak terus pecut ke nak benti..?? hmmm.. smpai je kt simpang 2 pun dia pun trus je pecut pdhl lampu kuning tu pun tengah nk tukar ke lampu merah.. lepas je laki tu lepas trafic light tu, tibe2 ade polis tahan dia.. punye lah unfortunately laki tu.. dia pun benti la tepi jalan atas arahan polis tadi..

bile laki tu da benti kereta dia kat tepi jln tu, dia pun tgk kt side mirror.. dia pn bermonolog sndiri.. ehh.. kwn aku kot tu.. smpai je polis tu kat dia, si laki tu pn sape la polis tu mcm kwn dia tpi polis tu memg kwn dia pun.. punye la byk alasan dia.. dia gtaw la yg wife die ngan anak dia tgh tggu kat umah.. tapi polis tu stay cool ja muka dia.. aleh2 polis tu mintak kt si laki td tu lesen keta dia.. pelagi laki tu.. bengang kot kwan dia xbagi can sket pun kat dia..

xlame pastu polis tu pn pulang kan balik lesen keta laki tu.. and then trus pegi dari situ.. laki tu pun nk tgk la ketas saman yang dia dpt td.. bile dia tgk je kertas tu, xde tulis pe pun.. tapi mcm pesanan utk si laki yang drive pakai pecut je td..

kt kertas tu tulis...

aku ade seorg isteri yang sgt cantik dan anak yang sgt comel.. tapi tu dulu.. sekarang mereka dah jadi arwah... mereka kemalangan.. masa tu isteri dgn anak aku tgh nak melintas dekat simpang ni... cause of sikap pemandu yang drive tu yang tak mematuhi lampu isyarat... aku kehilangan orang2 yang aku sgt syg... aku harap tragedi tu tak berulang lagi kat orang lain...

-shbtmu-

terasa sebak di hati si laki tu.. dia pun menoleh ke blakang kot2 kwan dia td still ade.. utk meminta maaf atas ke'careless'an dia td.. hmm.. hampa... polis tu dah pergi dari situ..

ok.. moral value nye kat sini.. kdg2 kita ni sibuk mencari kebahagiaan dan kepuasan utk diri sendiri dan orang yang kita sygi.. tapi adakah kita terfikir bahawa dalam kita mencari kebahagiaan itu, kita sendiri yang telah membuatkan insan lain kehilangan kebahagiaan diri nya dan orang2 yg disayangi...

memang kita perlu percaya kepada takdir... tapi ingat lah firman Allah yang bermaksud

" Allah S.W.T xkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan sesuatu kaum tu sendiri yang mengubah nasib nya... "

Islam tu indah sgt.. Islam sering mengajar umat nya supaya sering berfikir tntang semua saudara nya.. xkisah lah yang dikenali atau x... penah kwn ke atau xpenah kwn ke.. kita dlm Islam ni semua nye bersaudara... Rasulullah S.A.W prnah bersabda yg bermaksud

" bukan lah daripada kalangan ku mereka yang tidak menghiraukan saudara nya.."

berusaha lah membahagiakan hati orang lain walaupun hati sendiri sering terluka... dgn melihat kebahagiaan mereka, hati mu akan menjadi lbh tenang dan gembira.. ingtlah Allah sering bersama hamba nya yang redha... Insya Allah..

Read More

Nov 19, 2010

masa..

ok.. arini sy belajar 1 bnda.. MASA.. emm.. haish.. knape ea kite ni slalu je xhargai masa... pdhal dlm al-Quran sendiri ada menyebut kn tntg masa.. nk kate nye pnting nya masa 2 smpai Allah S.W.T tekan kan dlm al-Quran yg mafhum nye, sgt rugi lah org2 yg dlm kerugian.. hmm.. mcm mane ea..

sy pernah dgr, ada sorg shbt ni kate, moto hidup beliau, discipline is a key of success.. hmm.. btl jgk.. ok kt sini sy nk kaitkan masa dgn disiplin.. kita xkan pernah berdisiplin selagi kita xpandai menggunakan masa dgn baik.. masa tu sentiasa berlalu dgn cepat tanpa menunggu apa jua disekeliling nye.. nak kate kita ni yg perlu kejar masa tu dgn mendisiplin kan diri kita..

in situation:

org A: ok, sok kite start study group jam 8 a.m.. jgn lmbt ok..
org B: ye.. jam 8 a.m..

~sok nye~

org A: dah jam 8.30a.m xsampai pn lg dorg ni.. haish..
org B: emm.. xpelah lmbt sket je pun..

hmm.. nmpak x kat situ.. biase nye mcm tu lah.. kite lgsg xambil cakna dlm hal2 mcm ni.. pdhal masa tu sgt2 pnting.. para hukama' ada berkata... kerja yg ada lbh byk dari masa yg kita ada.. maksud nya kt situ, mcm mana kite boleh melengah2 kan masa sedang kan kerja kita byk lg xterlaksana...

hmm.. pk2 kan dan harap kite semua dpt same2 muhasabah diri kite tntg masa dan mgkin juga tntg perkara lain...

" Manusia tu bukan lah sempurna, namun niat dan usaha untuk menyempurnakan sesuatu itu sgt bermanfaat buat yg lain.."
Read More

Nov 2, 2010

al-fatihah...

sayu hati seorg shbt.. arini 02 n0vember 2010 ayh kpd seorg kakak sy di sini telah slmt kmbali ke rahmatullah.. Tak tahu nak ckp mcm mane dah.. Hnye Allah yg thu bicara hati seorg anak diperantauan mdpt khabar tntg ayahanda yg tlh kmbali mhadap Illahi..

Ape2 pn sme2 lah kita md0akn arwah sm0ge sntiase di bwh rahmat Nya dan ditmptkn di kalangan org beriman dan beramal s0leh.. Ameen..
Read More

Oct 29, 2010

Sesuci Cinta Ilahi..

Kenangan pilu datang kembali,
Dikala itu pilu bertamu lagi,
Aduhai pilu.. Tidak jemukah dikau mendatangi ku?.,
Aku tak mengharap kehadiran mu,
Namun aku yakin dikau akan hadir kembali..

Kata pepatah Para Hukama',
Allah itu akan sentiasa mendatangkan ujian dan dugaan kepada hamba Nya yg dicintai,
Hanya untuk menambahkan rasa cinta dan rindu hamba Nya kepada Allah..

Namun adakah hamba Nya mengambil kira tentang itu??,
Mereka hanya tahu meraung dan menyalahkan ujian yg mendatang,
Tanpa mengambil kira ada apa dgn hikmah disebalik ujian itu..

Sdarlah wahai kalian,
Cinta Ilahi itu mengatasi segala nya..
Read More

Aku dah kawin skarang.?!

Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


~Tuah Mohd Bakheet~
Read More

Oct 26, 2010

bicara hati...

Ya Allah... berikanlah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu ini... kami hanya hamba yang lemah lagi hina... kami merayu dan berserah hanya pada Mu saja.. Ameen Ya Rabb...



Sayang awak semua... moga bertemu di syurga yang abadi...
Read More

Oct 25, 2010

ku pasrah kan...

indah nya Islam kan.. kadang-kadang kita tak faham kenapa ye Allah hadap kan kita dengan sesuatu yang kita rase kita tak mampu untuk hadapi nya.. tapi kalau kita muhasabah diri kita semula, andai nya lah kita ni sentiasa redha dan ikhlas je dengan ape yang Allah hadap kan, semua nya jadi mudah untuk kita hadapi..

bila bicara tentang cinta, pasti mengaitkan kita dengan seseorang yang kita rase bahagia apabila bersama dengan nya.. secara fitrah nya, kita semua mempunyai naluri untuk menyintai dan dicintai.. tapi adakah kita pernah berfikir bahawa sebelum kita hidup di muka bumi ini, Allah telah terlebih dahulu menyintai kita dan kita juga sebalik nya.. tapi mengapa ye setelah dilahirkan ke dunia kita lupa semua tu..??

dan mengape ye kita juga selalu mengharapkan cinta dari insan biasa yang kita tak pasti sejauh mane cinta beliau terhadap kita.. tapi nak kate ny itu lah hakikat sebenar dlm kehidupan kita.. kita ni tak lari dari perasaan mcm 2 kn... tp ape2 pn biar Allah yang tentu kan semua tu... kan Allah prnah berfirman lelaki yg baik untuk perempuan yang baik... berusahalah untuk menjadi seperti siti khadijah even ianya bukan mudah...



hmm... mungkin suatu mase dulu kite prnah menyintai seseorang dan akhir nya orang itu tetap tidak menjadi milik kita.. maka bersabar lah... nikmat Allah itu luas... Allah tahu ape yang terbaik untuk kita... andainya kita redha dan sabar dgn ketentuan Nya, serah kan lah segala nya kpd Allah... percaya lah.. Insya Allah.. itu lah jln yang terbaik buat hamba2 Nya yg beriman... berusahalah untuk memiliki cinta Nya melebihi dari yang lain...
Read More

titipan buat awak...


Dunia memang indah
Dunia memang menawan
namun syurga 'super' indah
Lagi 'super' menawan...



Bila kita lihat awan nan biru,
Pasti kita terbayang betapa indah nya hidup ini,
Bila kita lihat bintang yang bersinar indah,
Pasti kita terbayang betapa bersinar nya hidup kita,
Bila kita lihat bulan yang bercahaya,
Pasti kita terbayang betapa luas nya bumi ini...

Tapi adakah bayangan itu akan menjadi nyata seandai nya kita sendiri yang tak menyinarkan bintang itu,
Adakah ianya menjadi nyata andai nya kita tak membirukan awan itu,
Adakah ianya akan menjadi lebih nyata andainya tiada yang mengeluarkan cahaya bulan itu...

Kita di muka bumi ini hanya pelakon bagi layar kehidupan yang Allah Taa'la layarkan,
Andainya kita tak memperanankan watak kita dengan karakter yang terbaik,
Adakah segala nya menjadi seperti apa yang diimpikan..??

" Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kau itu melainkan sesuatu kaum itu yang berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri..."



Kita bukan sendirian dalam menongkah arus kehidupan yang penuh onak duri,
Andainya futur itu datang bertamu,
Berfikirlah wahai teman,
Bukan kita saja yang perlu menempuh duri itu,
Mungkin juga ada yang perlu menempuh duri yang lebih tajam dan banyak,
Ingatlah sentiasa pada Nya,
Redha dan tabahkanlah hati untuk menempuh perjalanan iman yang tiada penghujungnya..


Usahlah mengharapkan sesuatu yang indah dan bahagia andainya bayangan pelangi yang indah itu tidak diselusuri dengan hati yang tulus...


* futur : putus asa
Read More

Oct 4, 2010

smpai bile nk mcm ni..??

haish... bile nk berubah ni..??? asek ulg benda yg sme je.. npe ea..?? rase nk berubah 2 selalu ade.. tp susah nye nk berubah utk jd yg terbaik kn... emm.. ada kate pepatah menyebut... benda yg plg susah adalah berubah... nape ea..??? sbb nya... tiap2 lgkah utk kita berubah 2 akn membawa kita ke syurga yg abadi... so.. bkn sng2 nk dpt kn syurga kn... that's why la susah sgt utk berubah... if syurga 2 sng sgt nk dpt, sume org xkn berusaha utk berubah jd yg terbaik...

emm... pe2 pn kite kne ade usaha kot utk jadi yg terbaik... yela... berubah secara mendadak pn xbgus jgak... nti msti kite akn jdi balik pe yg sblm kite berubah... tp klu kite cube berubah secara "tadarruj" or beransur2 hasil nya msti lg baik dan byk bg faedah kt diri kita n also kat diri org lain... bak kate para hukama' org yg terbaik adalah yg bermanfaat buat org lain... emmm... cm2 la...

emmm... pe2 pn biar lah Allah yg menilai diri kita... usaha lah sedaya mgkin utk jd yg terbaik.. ok..!! jgn touching2 da... try lwn hawa nafsu n sume dugaan yg mendtg... insya-Allah, Allah sntiasa bersama hamba Nya yg memerlukan Nya... Allah 2 Maha Pengampun kn... Ya Allah, kmi berserah dan bergantung segala nya pd Mu.. berikan lah kekuatan utk kmi mghadapi liku2 hidup ini... pimpinlah lah kmi ke jln yg Kau redhai dan istiqamah kan lah kmi dlm menegakkan agama Mu Ya Allah... Ameen Ya Rabb...


Read More

Oct 1, 2010

aduhai hati...

Knapa ea hati ni? Knapa seringkali aku merasai sprti sukar utk hati ini dikawal? Mungkinkah trdpt kekurgn dlm stiap santapan yg aku saji kn buat hati ku ini?

Ya Allah, Tuhan yg mb0lak-balik kn hati ini, tetapkn lah hati ku di jln Mu.. Brsihkn lah hati2 kami dr k0t0ran maksiat yg mbuatkn kmi smakin jauh dr Mu.. Xsggup bg kami utk bjauhan dgn Mu Ya Allah.. Namun kami hny lah hmba yg lmah lg hina.. Kau lah pemilik hati2 dn jiwa2 kmi.. Kmi mrayu dn mem0h0n hny pd Mu saja Ya Allah.. Pelihara lah hati2 kmi dr tpesong dr ajaran agamu Mu.. Ameen Ya Rabb..
Read More

Sep 30, 2010

Andaiku Pergi-Mirwana


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktuTelah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisi
Nya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu


Read More

redhakah aku??

haish... npe ea still teringat org yg dah pergi.. adkh aq redha dgn pemergian nya..?? astaghfirullahala'zim... Ya Allah.. beri kan lah aku kekuatan utk menghadapi semua ini... aku percaya dgn ketentuan Mu Ya Allah... aku yakin segala yg berlaku ada hikmah disebalik nya... semoga kami tergolong dikalangan hamba Mu yg redha dgn ketentuan Mu... aku berserah dan bergantung segala nya pd Mu saja Ya Allah... Ameen Ya Rabb..
Read More

Sep 19, 2010

redha vs pasrah..?!

Dlm kehidupan kta ni tak sah kalau xde dugaan yg dtg bkunjung. Tiap2 masa ade je dugaan nya. Dan yg pasti nya semua dugaan 2 Allah dtg kn kpada kta utk mguji kemantapan iman kta samada msh g0yah atau smkin tguh pegangan kta kpd Nya. Ini lah bukti nya Allah 2 sgt syg kpd kta yg mrupakn hamba ny yg sgt lmah lg hina. Dugaan yg didtgkn adlh smata2 utk mhampirkn diri kta kpd Nya. Smakin byk dugaan yg didtgkn, smkin teguh pegangan kta kpd Allah. Jika kta sdar bilamana Allah mdtgkn dugaan Nya, tak ksah lah dugaan yg bgaimana, dan ktika itu kta sudah buntu bgaimana mhu mhadapi dugaan tsebut, sudah pasti bru lah saat itu kta mula teringt kpd Pencipta sekalian alam ini dan bserah sgala ny kpd Allah. Lihatlah shbt skalian, Allah bkn sgaja mdtgkn apa2 ujian atau dugaan kpd kta tp Dia hny mhukn kta ni sbg hamba Nya kmbli dn sntiasa ingt kpd Nya dlm apa jua keadaan samada sush atau senang. Seperti firman Allah yg bmaksud 'Allah tidak mbebani seseorg melainkn bsesuaian dgn kemampuannya'. Sbnarny Allah itu sgt syg dn rndu kn kta. Tp kta ni spt angkuh dn s0mb0ng dgn sgala nikmat yg dikurniakn. Adkh kta slalu ingt dn rndu pd Nya? Fikirknlah..

Ok. Nk dikaitkn muqadimah td ng redha vs pasrah ni, kdua2 ny adlh bbeza. Redha ni bilamana s0meone 2 ditimpa dugaan, die akn sgt2 blapang dada mnerima ny dan btawakkal setinggi2 ny kpd Allah. Dan die pcya dn yakin bhawa Allah lah sebaik2 prncg. Tp pasrah ni pula bilamana s0meone ni ditimpa sesuatu dugaan, die akn menangis semahu ny dan spt lmah smgt dn ptus ase utk bhadapan dgn ujian tsbut. Sgt bbeza kn k0nsep redha dn pasrah ni.

Jadi kita sbg se0rang muslim yg btaqwa n beriman kpd Allah.. Seharusnya kita lbh berpegang kpd k0nsep redha itu sndri.. Yg mana ia nya lbh menzahirkan kebergantungan kta hanya kpd Allah Subhanahu Wataa'la..

Wallahu Aa'lam..
Read More

Sep 18, 2010

muhasabah lah selalu...

Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang... mengadu lah kepada Nya... Insya Allah hati akan tenang dan segala dalam keadaan baik...



ingat lah sahabat sekalian.. Allah itu sgt merindukan rintihan hamba Nya berpanjangan... bkn ny Dia mahu kita ni bersedih.. akan tetapi Dia ingin berikan yg terbaik buat hamba2 Nya yg dicintai dan disayangi... ingat lah selalu kepada Nya...



sahabat.. walau sebesar mana pun dosa kita, yakin lah bahawa Allah itu maha penerima taubat lagi maha mengasihani... Dia xkan pernah menghampakan kita.. tapi kita, adakah kita sedar bahawa diri kita selalu melakukan perkara2 yg dimurkai Nya.. renung2kan la wahai sahabat sekalian... bila2 saja Allah akan mengambil kita dan kita akan kembali kepada Nya.. tapi adakah kita yakin yang kita akan kembali kpada Nya dlm keadaan husnul khatimah(kesudahan yg baik)..??? sama2 kita renung2kan dan saling ingat-mengingatkan..
Read More

slmt pengantin baru...


arini 18 september 2010 bersamaan 9 syawal... maka berakhirlah zaman kebujangan kakak sy.. hehe.. alhamdulillah... bertemu jgk dgn jodoh yg baik... insya allah... pe2 pn sy dari perantauan bersyukur kehadrat Illahi dan mengucapkan setinggi2 tahniah kat kakak sy... smoga berbahagia dunia akhirat... dikurniakn anak cucu... dan plg diharapkan agar hubungan kalian sntiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T... Ameen... sihat sokmo ye... hopefully segala ny berjalan lancar even sy xde smasa majlis berlangsung... hahah.. cm touching kot... yela selama ni kakak abg kawen ade j sy.. tp kali ni sory la ea.. sy xdpt nk merasmikan majlis 2... hehe... pe2 pn sy yakin majlis dpt berjalan dgn lancar even sy xd.. hehe... bgitulah hendak ny..

huhu.. ase cm rndu gle kt family... pe2 pn sy rndu sgt2 kt mak, ayah, kaktipah+abg remy, abg mie+kak hur, kak cik+abg zamri, abuas+kechah, mudah+abg pai, taha, aman, an and my luvly adk la anas... rndu korg sume... mmmuaahhh... doakan dikya cpt2 blik ye... actually sgt2 rndu sume... tp xterluah j.. luah kt cni j la ea... hehe... jgn lupe dkya... dkya xpnah lupe sume... hehe...

maka tgl lah sy seorg dara dlm fmily haji anuar ni... hahah... yela... kakak sume da kawen... hehe... pe2 pn doakan lah sy moga2 dikurniakan cinta sejati... ameen... pe2 pn sy masih mengharap cinta Illahi dan smoga kite semua dikurniakan cinta yg abadi... even kite sudah ada yg punya, biar lah Allah yg menentu kan segala ny..



hehe.. hayati lah video ni... biarlah segala apa yg kita lakukan akn membawa kita kembali ke syurga ny yg abadi... Insya Allah... Ameen.. hehhe..
Read More

Sep 16, 2010

Remaja & Dunia Percintaan...



" Kenapa ni? Monyok je. Sakit ke? " Nurul yang baru balik daripada 'tutorial' bertanya kepada teman sebiliknya.

" Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku. " Soal Ain sambil menangis teresak-esak.

" Kenapa? " Nurul bertanya kembali, agak cemas dengan Ain yang semakin kuat esaknya.

" Kami...dah putus. " raung Ain.
Cinta adalah salah satu kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu Malaikat Jibril bertanya kepada baginda sekiranya baginda menginginkan Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, Rasulullah menyatakan bahawa mereka belum mengetahui kebenaran malah baginda turut mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Di dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah pula menyebabkannya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarganya. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar jelas dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun kini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, kemungkinan besar terjadilah perkara yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum yang telah Allah tetapkan. Di alam menuju kedewasaan meminati dalam kalangan insan yang berlawanan jenis adalah satu lumrah.

Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah ketampanan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya. Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu perkara yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha mencuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya sehingga terkoyak.

Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf sehingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.

" Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu".
(Surah al-Maidah:3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi. Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang sewaktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa daripada mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran. Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu adanya bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri apabila cinta yang diharapkan tidak kesampaian.

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "



~www.iluvislam.com~
(Sabirah Abdullah)
Read More

rindu shbt2 kt m'sia..

assalamua'laikum.. haish kwn2 kt m'sia.. sy rndu la kt awk sume.. lme gle xjln sme2 kn.. xraye sme2.. pe2 pn korg take care tw.. syg korg sume.. even jarang sgt2 contact, rndu korg sume... ingat aq sokmo ye.. rndu sgt2... doakan ktorg sume kt cni.. hopefully kte sume jd org yg bergune dan bermanfaat utk org lain at the future..

emm.. bile free2 ym la sy tp msg dlu... sy rndu gle ng korg.. haha.. skg tgh musim ske bhasa kn dri sy awk la.. pe2 pn sy still xbrubah pn.. lgsg xpnah lupe kn korg.. slalu sgt tingat korg.. tp jauh so, xdpt nk wt cne la.. tgk pic j la.. tp pic pn sket j.. pe2 pn korg la kwn2 aq yg best sgt pnah aq jmpe.. syg korg sgt2... sape2 yg pnah knal ng sy, sy syg sgt korg sume... jgn pernah lpe kn sy... even kte jauh, ukhuwah kte tetap terjalin erat di hati... cecece.. heheh...



ok la.. salam perantauan dr sy kt cni.. sy syggggg bgt korg sume.. study molek2 ye.. sy cm nk sebut sume name kwn sy.. tp tkt ade yg tercicir kg touching plak.. heheh.. pe2 pn sape2 yg pnah jd kwn sy, sy syg sgt2 kt korg... k ye..
Read More

hopefully settle dgn baik..

emmm.. dlm kemeriahan rye ni, hepy pn hepy gk tp mslh 2 stil ade.. ntah la.,. lg2 klu mslh ng kaum adam ni.. haish... nk lyn ego dorg j da meluat nk lyn... ni plak nk settle kn mslh ng dorg.. hushh.. amk mse yg sgt2 lme.. hai la kaum adam.. trun2 kn la sket ego 2... klu ego korg 2 xtrun2 gk, mkin btambah bruk keadaan ny...

sy nk cte mslh ktorg secara pnjg lebar ni ase ny xperlu kot... pe2 pn hopefully sume ny dpt settl ng baik.. mge2 ukhuwah kte xkn putus dan berpecah belah... setia bersama ukhuwah ok..!! .. sy syg shbt2 sy... even gurls or guys... korg sume kwn2 sy yg sgt2 sy syg... sblm ni mcm2 kte lalui brsama.. xkn skg ni kte berselisih pndpt sket, kte nk putus kn ukhuwah kte slama ni.. please..!! Ya Allah.. kmi mempunyai tujuan yg satu dlm menegak kan agama Mu.. eratkan lah ukhuwah kami.. tetapkan lah hati kami pd jalan Mu ini.. Ameen Ya Rabb..



ok.. whatsoever.. selamat ari raye la ea sume.. syg u all.. mmuahh..
Read More

Sep 13, 2010

2nd time rayer kat egypt...

huhu.. kali ni agk touching kot 1st raye ri2.. by the way, kne gk la epy2 kn diri.. klu x, xidup raye aq nti.. ish3.. lgpn bkn aq j kot yg touching.. heheh.. ase ny dorg ni lg la.. mlm2 raye dgr takbir raye bkumandang sume ny banjir j.. hehe.. xpe2.. bese la 2.. idup kt perantauan kan... kali ni cam bese la.. ktorg wt program raye cm thn2 lpas... yela.. nk idup kan raye.. hehe.. cm2 plak gaye ny.. pe2 pn program ktorg ni bjalan lancar lah.. nama prgram 2 'SAMARA 10'... short form utk sambutan aidilfitri... best kot.. mcm2 aktiviti ad.. layan la.. enjoy gk.. hehe.. bese la.. raye kt prantauan memg cm ni..


huhu.. emm.. antara aktiviti ny forum... bincang kan pasal "ماذا بعد رمضان"... pe la maksud ny 2 ea..?? maksud ny apa slpas ramadhan la.. hehe.. haish.. 2 pn xtw nk jwb ke.. syawal la jwb ny.. tp 2 sempoi ny jwpn.. haaa.. ni nk cte sket la.. dlm forum ni la dibincangkan lg detail... nak kate ny, memg la lpas ramadhan ni syawal.. ok.. dgn kate kunci "apa slpas ramadhan" ni kte ley kembang kan lg maksud ny.. that's mean, amalan apa yg akn kte bawa berdasarkan ramadhan yg kte jalani sblm ni.. cth ny mcm kte byk kn ibadah ke.. berpuasa.. slalu baca al-quran n so on la... nk kate ny, ape yg pnting bg kte sbgai org islam ni sptt ny kte ni beristiqamah iaitu berterusan dlm sgala apa lah yg kte lakukan.. make sure la niat kte lillahi taala... semata2 Allah Taa'la.. sy teringat ad 1 hadis ni mafhum ny... klu kte ni nk tahu amalan kte ni pd blan ramadhan diterima Allah, setiap amalan yg kte amalkan pd blan ramadhan 2, kte xtglkan... haa.. maksud ny kt cni, klu time bln pose 2 kte rajin mengaji, bln2 yg sterusnya 2 kte rjin2 kn la ngaji.. klu time bln pose 2 kte rajin qiamullail, bln2 sterusny kte boleh istiqamah nk qiamullail... cm2 laa.. 2 antara ny la..

ok.. aktiviti lain pn ade jgk.. cm "sembang2 raye"... time ni pn ad gak sy dpt isi sket.. antara point ny bersederhana dlm menyambut eidul fitri ni... ad jgk disebut dlm hadis.. nk kate ny Rasulullah sndri menyaran kn kte ni supaya bersederhana... kt cni sy nk cte xperience yg agk bergune la time raye kt cni... ktorg kt cni xmcm raye kt msia... ley g umh sedara mara.. byk kuih raye.. dpt duit raye kot... n mcm2 la... kt cni ktorg ng kwn2 j... sume ny disambut serba kekurangan... kuih raye pn ad la sket2... 2 pn klu ad mengidam nk mkn ape2 ley la minx kakak2 tlg mask kn... hehe.. cm2 la.. emm.. tbe da lth nk cte pnjg2... k la ea setakat ni... xreti nk cte pe pn... heh.. pe2 pn SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN... kwn2 sume rndu sgt2... doakan sokmo ye..
Read More

Aug 7, 2010

Ahlan Ya Ramadhan...

Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?

Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?

Persiapan yang kedua ialah akal.

Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

(iluvislam.com)
Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.