Sep 12, 2014

that time..

Tadi aku cari barang.. pastu terjumpa balik pula notebook lama zaman muda belia dulu.. huhuh.. memory kisah silam mengimbau semula (macam puitis ka ayat?? biaq pi la.. hahha..)

~besaq sgt gmbaq ni.. excited kena update kot hahah~

Sedar tak sedar dah 5 tahun sebulan lebih dah aku mai sini.. takpe lah.. memory awal-awal mai dulu penuh azam nak habis dalam 4 tahun ja tetap jadi kenangan dan motivasi sampai bila-bila.. asalkan jangan berpatah balik dan teruskan usaha.. insyaAllah semua ada hikmahnya.. yang penting kita ambil lah apa yang baik untuk bekal masa depan nanti.. hati pun kena sentiasa betulkan dan perbaharui niat.. 

Lama mana pun takpa.. timba lah pengalaman, insyaAllah satu hari nanti kita sedar apa gunanya pengalaman yang pernah kita lalui dulu.. Pahit manis tu semua buatkan diri kita kental hadapi hidup yang macam-macam dugaan.. Kalau dugaan tu semua melemahkan kita, mana mungkin sampai sekarang ni kita masih bergelut dengan mehnah kehidupan yang penuh liku.. 

Apa-apa pun moga Allah redha sepanjang perjalanan menjadi anak rantau di permusafiran sementara menuju akhirat kelak.. mohon tabah wahai hati kecil.. :')

** ppsss.. ppss.. (buat-buat bisik.. hahah).. niat aku paling kuat masa awai-awai mai dulu nak jadi budak baik.. mungkin tak cukup baik lagi.. maka nya tak boleh abis la lagi.. duk la sat lagi baiki mana hat patut kat diri ni kan.. insyaAllah, kita merancang, Allah juga merancang yang terbaik untuk kita.. aku yakin berjuta-juta percent kat Dia.. yup.. only Him.. :')

*********************

p/s : cerita kat atas aku tak tau nak kata reka ka cipta ka apa ka.. ampa baca ja la noh.. takyah pikiaq apa-apa.. sekadar cerita tak seberapa nak cerita ja.. hahaha.. merapu kuat noh.. sory2..
Read More

Sep 8, 2014

stay positive..

Tadi sembang dengan sorang uncle ni.. aku sedikit kagum dengan dia sebab dah usia lanjut tapi.. (nak tunjuk sembang sikit.. haha..)

*****  *****

aku : uncle ni hebat la.. macam mana bahagi masa ke sana sini, dalam negara luar negara.. lain-lain karier pula..

uncle : kejayaan adalah usaha dan masa.. tak kira siang atau malam.. work smart, dont work hard..

aku : nak jadi anak angkat la macam ni.. bole kena brain wash selalu.. haha

uncle : hehe.. kamu pun ape kurangnya..

aku : erk, saya bukan ade pape pun.. biasa-biasa je.. (ayat biasa aku lah.. haha..)

uncle : tak ada lah.. uncle banyak belajar dari kamu..

aku : *gulp* (telan ayaq tekak satt.. blajaq apa la sgt tu.. haha)

uncle : rugi jika di dunia ni kita tak buat yang terbaik kan..

aku : yela betul jugak tu pape pun kena buat yg terbaik.. hidup sementara je.. takpe la penat letih sikit.. huhu..

uncle : iye tu lah cabaran untuk berjaya..

*****  *****


--------------------------------

camtu la kita sembang2 sikit.. aku pun tak tau la ape dia belajar dari aku.. tapi tu lah.. macam uncle tu cakap tadi, "rugi kat dunia ni tak buat yang terbaik".. emm mungkin ada sesuatu yang aku buat bagi manfaat kat dia.. tak banyak pun sikit jadi lah kan walaupun tanpa kita sedar benda tu..

apa-apa pun perkara kalau kita buat yang terbaik mesti ada hasil dan kesan yang terbaik di kemudian hari kan.. kalau bukan diri sendiri yang dapat manfaatnya mungkin ada orang lain atau apa2 benda lah yang boleh dapat manfaat dari perbuatan kita tu.. hope so..

--------------------------------

yang jadi big 'Q' aka question sangat kat aku tu, apa lah nak jadi aku ni.. work smart pun tak dak ni kan pula work hard.. hahah ok lah.. bak kata toki aku, ang toksah lah dok pikiaq negatif sangat.. apa2 pun positif lah.. Islam tu sendiri dah ajaq umatnya selalu bersangka baik dengan apa2 perkara pun..

---------------------------------

p/s : main edit ja.. terpulang nak pecaya atau tak.. :p 
Read More

Aug 11, 2014

delete..


"Jika kalian melakukan dosa sehingga dosa kalian sampai ke matahari, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan mengampuni kalian." (Abu Hurairah) 

 Andai Nabi Muhammad s.a.w. bersolat bersyukur dengan kurniaanNya sehingga pecah-pecah tumit kaki Baginda.. mengapa tidak kita menangis bersolat malam hingga keluar air mata duka? Atau bengkak-bengkak mata mahupun sembap muka berjaga.. Ironinya masih, kita tembam dan sembap muka kerana tidur lena terlalu lama.. :'(

Tinggalkanlah kenangan lalu yang gelap.. Fokuskan saja pada masa depan yang lebih cerah dan abadi di Syurga sana.. Yang sudah tu sudah.. Jadikan pengajaran dan pendidikan agar tidak berulang kesilapan yang sama.. Agar tidak songsang lagi jalan kehidupan..

"Kenapa Allah masih hidupkan aku lagi hari ni??"

"Kerana dosaku masih banyak.. dan Dia masih beri peluang kepada aku untuk bertaubat.."
Read More

hanya kerana Dia..


Tidak salah beri peluang pada diri sendiri.. Sabarlah hadapi semuanya dengan tabah dan tenang sepanjang proses perubahan.. Hidup di dunia ini terlalu singkat.. Pilihlah yang menuntun dirimu di akhirat.. Semua orang nak ke Syurga.. Cuma kita sentiasa berharap ada yang sudi menuntun jalan ke arah itu.. Andai tak mampu menuntun, jadilah asbab kepada seseorang berubah jadi lebih baik..

Hiduplah dengan lebih bererti.. Lakukan semuanya kerana Allah.. Hanya kerana Dia..
Read More

Aug 10, 2014

me & them..


There's a little girl.. She has a dream.. A dream to make people around her happy.. But she doesn't know how to do it.. She know it's easy for others but hard for herself.. So the only thing that she can do is pray for their happiness throughout days and nights.. These people never know because the little girl is just a stranger in their eyes..
Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.