Jul 7, 2012

permata hatiku..

Dibawah cahaya kalimantan.. Aku menatap dua wajah insan yang sangat aku cintai dan rindui.. Setiap detik aku merindui dua insan ini.. Yang melahirkan ku dan menjaga aku.. Tak mampu sedikit pun bagi ku untuk membalas jasa mereka.. Hanya doa yang mampu ku kirim kan buat mereka.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka dan memelihara mereka buat diriku yang jauh dari sisi mereka..

Setiap detik aku menghitung untuk kembali ke pangkuan mereka.. Pedihnya hati memikirkan itu bila mengenangkan ujian yang menimpa.. Namun dua insan ini tak pernah letih untuk terus menguatkan diri ini.. Kan ku hantar pesanan ringkas buat dua insan ini setiap hari.. Tidak tenang hatiku andai terlepas untuk mesej mereka.. 

Dua insan yang bilamana aku merenung ke dalam mata yang tenang itu, penuh dengan ketabahan menahan ujian dari Ilahi yang membuatkan aku kembali menunduk sayu.. Pernah satu ketika, tiba-tiba seorang darinya rebah dihadapanku.. Hati kecilku hanya mampu berbisik “Ya Allah.. kuatkanlah insan yang aku sayang ini untuk bangun lagi.. Tak sanggup rasanya melihat genangan air mata itu.. Allah.. Makin pedih hati ini..” Alhamdulillah.. Allah maqbulkan doaku.. Dengan kudrat dariNya, ku papah insan itu untuk bangun lagi.. Terima Kasih Ya Allah.. Hanya Engkau yang mengetahui rahsia hati ini.. Rahsia yang tidak insan lain ketahui melainkan yang berada di dalam teratak cinta kami sekeluarga.. 

Pernah ada kata-kata yang membuatkan hati ini sakit dan pedih.. Namun cinta aku kepada dua insan ini sudah cukup untuk membuatkan aku kuat dan kembali mengukir senyuman.. Hanya mereka inspirasi buat aku meneruskan perjuangan ini dan menuju redha Ilahi.. Perjuangan yang seringkali dijamu dengan hidangan ujian dari Allah Yang Maha Penyayang.. Ujian yang menguatkan aku untuk terus melawan godaan nafsu yang tak pernah berhenti untuk menyesatkan diri ini.. Makin dicari cahaya itu, makin banyak ujian yang menimpa.. Mungkin terlampau banyak dosaku di masa lalu.. Hanya ujian-ujian ini sebagai penghapus dosa-dosa ku dan lebih mendekatkan kepada Yang Esa.. 


~Wallahu A'lam~
Read More

Jun 16, 2012

Penuntut Ilmu Allah..


Sesunggguhnya Islam telah mengangkat kedudukan ilmu dan pengetahuan kerana kedua duanya memberi kesan dalam pembangunan ummat dan kemajuan semua manusia dan penghubung antara dunia dan akhirat. Dan sesungguhnya Islam mewajibkan mempelajari ilmu syariah yang mana dengannya kita dapat mengenali pencipta ( Allah s.w.t.) dan kita dapat mengetahui apa apa yang dapat membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Islam juga tidak menghalang dalam mempelajari setiap ilmu yang bermanfaat yang berhajat kepada manusia seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, pertanian, perindustrian, dan sebagainya. Bahkan digalakkan berlumba lumba mengambil hikmah dan ilmu yang bemanfaat ini.

Diletakkan asas kelebihan antara orang yang ‘alim dengan orang yang jahil seperti disebutkan dalam alquran; ( Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui ?) Dan sebagaimana Islam mengangkat martabat ilmu itu , maka Islam juga mengangkat martabat ahli ilmu iaitu para ulama. Maka para ulama ini merupakan pewaris para nabi dalam membawa obor hidayah dan iman dan menzahirkan kebenaran serta menerangi jalan. Ilmu mempunyai hak dalam mempelajarinya dan hak ini adalah adab adab dalam mempelajarinya.

Daripada adab mengambil ilmu ialah ialah beriltizam dengan bertaqwa kepada Allah dan mentaatinya serta membersihkan diri daripada akhlak yang tidak baik dan jangan memandang mudah terhadap menuntut ilmu pengetahuan daripada gurunya.

Sesungguhnya telah dihabiskan waktunya dalam penyelidikan dan penghasilan , dan pernah dikatakkan dahulu bahawa ; ( Ilmu itu tidak diberikan kepada kamu semuanya melainkan sebahagian sahaja ). 

Orang yang berakal ialah orang yang mengambil perhatian dan memberi masanya dalam membaca perkara yang bermanfaat daripada kitab, ketahuilah apa apa yang perlu disungguhkan dan apa apa yang akan diusahakan dengan bersungguh sungguh terhadap ilmu pengetahuan kepada manusia, dan atas penuntut ilmu itu perlu ditinggalkan tipu daya dirinya.

Sesungguhnya telah beri’tikad bahawa ilmu ini seperti laut, tidak mudah untuk mendapatkannya, dan sesungguhnya ia bersama apa apa yang diberi daripada ilmu pengetahuan dengan firman Allah : ( Wahai tuhanku , tambahkanlah ilmuku .)

Read More

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Kajian Sains..

 Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. 

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. 

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. 

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. 

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. 

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. 

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. 

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. 

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). 

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. 


Read More

Penawar jiwa..


'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia'

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah. Disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha). Padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah.

 Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah. 

 Malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh Allah, bukan untuk kita kufur kepadaNya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah menyebut ‘Kun’, maka ‘Yakun’ lah apa yang dikehendakiNya.

 Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku. 

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah taqdirkan. 

 Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan. 

~Wallahua'lam~
Read More

menghayati Isra' dan Mikraj..

Peristiwa Isra' dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra' dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isra' dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati betul-betul kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra' dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Isra' dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.

Wallahua’lam..

Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.