Oct 1, 2014

biarkan aku & Dia..

Tengah kemas-kemas terjumpa satu nukilan aku yang agak haha ntah lah tak tahu nak cakap macam apa.. apa-apa pun hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi.. takkan ada sesuatu terjadi melainkan bersama hikmah dari Nya..

*senyum*

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Detik itu telah sampai
Tak ku sangka
Tak juga dijangka
Dijemput pun tidak
Namun, atas takdirNya
Detik itu tiba juga

Sampainya detik itu
Bibir terkelu seribu bahasa
Jantung terhenti seperti mati seketika
Tanpa disedari
Air mata mula bertakung
Mengalir tanpa diminta
Hanya mampu dibiarkan saja
Mengalir dan terus mengalir

Hati sebak penuh hiba
Mahu ditahan terasa sakit
Mahu dilepaskan tak tahu ke mana
Hanya mampu ditangisi sendirian
Mengenangkan kenangan
Yang tak kan pernah pudar

Di kala sedih, gembira, tangis, tawa
Kau kurniakan dia
Segalanya sebagai tanda kasihMu
Namun, Kau juga mengajar
Tak ada yang terus kekal di sisi

Setiap yang berlaku
Terus menyelami dalam hikmahNya
Tersenyum dalam luka
Tertawa dalam tangis
Terus menanti 
Pertemuan yang dinanti

Segala pertemuan ada perpisahan
Akan ada yang datang
Akan ada yang pergi
Sementara menanti pertemuan yang abadi
Harus ku lalui semua ini

~ Pertemuan Dia dan aku ~

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa lemah
 Semoga kamu semua diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan 
Semoga kamu semua bahagia

 Semoga aku juga bahagia :)
Read More

© 2011 :: Monolog Sang Hamba ::, AllRightsReserved.